Tuesday, 15 November 2016

SWELLING, MEMBUKA MATA HATIKU..

Assalamualaikum~
Alang2 rajin ni so nak cerita pengalaman aku berjumpa doktor gigi. Last jumpe dentist time 2013. Terukkan..?! Cerita bermula di rumah Kajang bulan 10 tahun 2016 time cuti mid-sem degree. Balik la rumah apa lagi.. Cuti seminggu je. Satu hari tu aku terperasan ade benjolan cam bengkak kat dalam mulut aku. Nak terangkan pun susah. Yg aku dapat gambarkan swelling tu dalam mulut kat gusi atas, bawah hidung. Kat philtrum, kau sentuh dekat bawah hidung. Akan rase satu benjolan lembut. Bile tengok kat gusi atas serius tak nampak pape! Kena sentuh baru dapat rasa benjolan tu. Tak sedap hati gak, terus ngadu kat mak aku.. Saje nak bermanja~ 2 hari lepas tu ayah aku teman gi klinik pergigian kajang kat arah ke semenyih. Tak tau nape aku terajin lak nak gi jumpe dentist. Selama ni xkisah pun pasal kesihatan gigi. Mungkin aku takut ade ketumbuhan pape kot sebab bengkak lain macam. Sampai klinik awal pagi. Selamat tak ramai time dalam kul 8.30 pagi. Ayah cakap selalu ramai pagi2 ni. Teringat kat tingkat bahagian pesakit luar, panjang giler beratur nak amik no giliran sampai ganggu laluan kereta nak parking. Kalau demam tu, terus kebah kot sebab keluar peluh terus sebab berdiri lama. Hahaha. Tup! Nama aku pun dah dipanggil...

Aku pun cerita la kat doc yang pasal dulu aku pernah accident tahun 2008, gigi bergerak and bla bla... Then, dentist perempuan ni check sentuh2 swelling aku tu. Dia pun pelik terus suruh aku amik x-ray. Tunggu2, result kat x-ray boleh lak tak nampak pape yang pelik. Aku syak nurse yang amik x-ray aku tu buat x betul. Hasilnya, dentist tadi suruh aku refer pakar mulut. Dia buatkan surat suruh aku gi jumpe pakar kat Hospital Kajang yang besar. Dia x berani nak wat apa2. Hampehh lahh. Dah la tarikh appointment tu time aku dah balik Batu Pahat. Fyi, aku study degree kat UTHM, Batu Pahat, Johor. Aku cakap la yang aku xleh datang appointment ni sebab balik U dah. So dia suruh refer klinik terdekat yang ade kat batu pahat. Fine~ balik la rumah lepas tu. Selamat bayar RM1 je.. Alhamdulillah~

Bengkak aku ni saiz dia dalam 1.5cmX1.5cm, tak sakit tapi bile tekan rase ngilu cam tekan gusi yang bengkak. Pelik kan... Habis cuti, aku pun kembali lah ke UTHM. 2 hari lepas tu aku pun gi jumpe dentist kat pusat kesihatan UTHM, antara kemudahan yang ade kat U aku taw. Dentist perempuan gak yang check. Aku pun bagi surat appointment yang sepatutnya kena bagi kat Hospital Kajang & cerita lah benda sama pasal, accident 2008, gigi bergerak.. bla bla bla.. hahahaha.. Dia check2, then x berani gak nak cakap aku ni sakit ape? Dia tanye , ade amek x-ray tak kat kajang? Ade tapi xnampak pape. So, doc ni pun decide suruh aku jumpe dengan dentist kat Klinik Kesihatan Batu Pahat. Pergi bahagian Klinik Pergigian tingkat atas. Alamak! aku dah la x biase laluan ke bandar tu, nak naik bas lagi.. Doc siap lukis peta takut aku x jumpe cari.. Aku cadang nak gi minggu depannya..

3/11/2016 KHAMIS
Aku plan nak gi hari ni sebab lepas abis kelas kul 1 pm. Aku suruh kawan aku hantarkan gi klinik tu. Tumpang naik motor. Tq sangat sebab sudi hantar aku Normaslina. Jauh gak sebab nak sampai bandar. Lari tajuk jap. Masa on the way naik motor tu, aku terfikir sorang2 napelah aku takde motor sendiri, kan mudah nak kemana-mana. Stop je kat trafic light aku terperasan ade pasangan ni bawak motor sambil isteri dia kendong baby lagi. No plat motor pun guna kotak. Ya Allah, mesti dyorang tengah struggle hidup, cukuplah bagi mereka motor sebagai pengangkutan harian. Time tu tengah panas terik, kesian kat baby. Kalau hujan tak tau laa. Terus aku cam tersentak jap, ade hikmat aku takde motor sendiri tapi Allah hadirkan sahabat yang sudi bantu aku saat aku tak punya apa2. Syukur la dengan kehidupan kau Kakpa! Alhamdulillah.. Dalam gambar tu nampak x kat side mirror kamera aku? Hahaha bukti2. No plat terpaksa ditutup ye...


Back to the main point. Masa sampai dalam kul 1.10 pm camtu kot, tutup lagi sebab waktu rehat, bukak kul 2 pm. Sampai tu, try tanye kat kaunter bawah mane bahagian pergigian. Banyak lak aku tanye arah, conform kan takut sesat. Hahaha, mestilah tanya nanti tak jumpe cari. Jumpe! tapi tutup lagi pintu kunci, lampu padam. So, aku suruh kawan aku balik jela xpe aku tunggu kat surau alang2 nak solat zohor sekali. Selamat surau dia satu aras kat hujung dengan klinik pergigian ni. Segan aku bile duk dalam surau sebab kebanyakkan yang datang solat tu doktor & nurse. Survivelah aku sorang2 kat sini untuk pertama kalinya jejakkan kaki. Bedikari Kakpa!

Dah nak dekat kul 2, keluar gi tunggu kat pintu masuk utama bahagian pergigian. Ramai gak yang tunggu time tu tapi cina ramai. Macam biase bila dah dapat masuk kena isi borang dulu sebab aku 1st time wat rawatan. Tengah tunggu tu, ternampak lak ade dentist lelaki cina hensem cam style cerita Korea aku tengok. Kahkahkah.. Berangan gak kalau dia yang check aku camne lah~ Tuiii.. x yah nak berangan Kakpa. Pastu dentist tu cam mencari2 patient follow nama kat file merah. Then, dia pun panggil nama. Alahai, slow kot suara cam malu gitu. Aku pun tak dengar dia panggil nama siape. Bhahahaha.. Takpela, terus aku reject nak admire! Tunggu dalam 20 minit camtu, then no giliran aku terpapar. Masuk bilik rawatan, hurmm selamat dentist perempuan gak. Cam biase bagi surat appointment, cerita sama pasal accident, bengkak semua, bla bla bla.. Dah boleh hafal dah skrip. Wakakaka..!! Dia pun check, sentuh2 swelling tu..


1st impression aku kat doc (senang nak gelar) ni biasa2 je sebab doktor kan semua layanan berbeza. Nasib kau baik dapat doc baik, tak baik dapat yang tak berapa mesra. Tapi bile dengar dia bagi penerangan kat aku, Alhamdulillah aku dapat rasakan doc ni baik giler, mesra dengan patient. Aku rasa dia umur cam 27-29 tahun kot sebab nampak cam muda. Then, dah dengar masalah aku & check mulut jap, so dia suruh wat x-ray. Adusshh.. Sebelum masuk bilik x-ray kena tunggu giliran aku dulu kat luar sebab ade patient lain. Tiba2, doc perempuan tadi datang consult jap dengan aku. Dia ade tanye tak yang aku ni ade masalah sinus ke. Accident dulu tu camne? Aku pun ceritalah cakap ade, selalu bersin, sakit kepala selalu, cerita pasal accident dari awal sampai akhir. Cerita2, dia masuk bilik dia balik, aku pun teruskan dengan x-ray. Yang amikkan x-ray aku pembantu lelaki. Melayu! Baik kot. Time dia suruh aku senget kepala, aku tak dapat agak bape banyak angle kena gerak. Sekejap kiri, sekejap kanan. Aku rase dia pun pening frust dengan aku. Hahaha.. Last2, dia dengan sopannya bagitau nak mintak kebenaran sentuh kepala aku (alas tudung). Aku pun bagi kebenaran. Dalam hati aku duk fikir, agaknya dia ni mesti nak tunjal kepala aku sebab tak faham bahasa suruh gerak tunduk kepala. Hahaha sory la ye...

Siap x-ray, kenalah tunggu kat kerusi luar balik kat kaunter pendaftaran awal tadi. Tunggu result kot.. Xdela lame sangat. Doc tu panggil masuk & bagitaw pasal result tu. Dia siap tunjuk kat aku filem x-ray tu. Doc cakap bengkak tu kat akar gigi depan accident dulu. Itu pandangan dia sendiri. Dulu aku pelik nape kat Klinik Kajang tu, doc tak tunjuk kat aku filem, takde cakap pape. Kecewa tau time tu.. Kat sini nampak lak. Melalui pemerhatian dia, salur akar gigi depan aku ni maybe dah mati & berlaku jangkitan kuman. Besar gak. Terkejut aku. Tapi punca sebenar jangkitan kuman tu dia tak dapat pastikan sama ade sebab dari pergerakan gigi time accident dulu atau sebab masalah sinus aku. Dia suruh aku rujuk pakar mulut atau hidung mintak pendapat. Then, doc bagi aku appointment untuk wat rawatan akar gigi, dalam bahasa inggerisnye Root Canal Treatment (RCT). Blur jap amende tu. Seram bunyi dia. Doc ade cakap sebabkan aku still muda, dia takkan cabut gigi tapi prefer wat RCT untuk hidupkan balik salur akar tu. Takut bila dengar cabut gigi, trauma sekolah rendah dulu. Tu yang jarang jumpa dentist. Hahaha..

Doc cakap yang rawatan ni kena wat 3-4 kali. Aku duk terbayang jadual kelas aku. Harap tak ganggu waktu belajar, assignment bagai... So, dia bagi tarikh 6 Disember 2016 untuk wat RCT ni. Bolehlah, alang2 dah ade kat Batu Pahat ni. Wat kat Kajang pun nanti kena wat appointment. Sebulan lak tu. Doc cakap, kalau dah wat RCT ni kena berterusan appointment 2-3 kali takleh stop tengah jalan nanti effect lain lak datang. Lepas dah consult, bagi nasihat macam2, then selesailah dah boleh balik. Aku tanye jugak kalau wat RCT ni camne bayaran dia, risau gak sebab takut beratus2. Eden tak mampu mano, pelajar lagi ni. Fuhh, doc cakap RM6-7 je.. Beress! Jumpe lagi doc! name pun tak tau tapi dia baik sangat.

Balik tu, naik bas jelaa.. takkan nak suruh kawan aku hantar. Jangan menyusahkan orang ye Kakpa! Risau tu ade gak sebab 1st time naik bas dari situ. Bile bas sampai dalam setengah jam camtu, aku tanye dulu stop tak kat Taman U? Ok, bas yang betul aku naik. Tambang RM2.30 tak tau la mahal ke murah.. Tiba2 baru teringat yang aku tak makan lagi dari pagi tadi sampai nak dekat kul 5 petang. Giler tul aku, serius terlupa nak makan. Dah la ade gastrik. Hahaha.. Dalam bas, terbayang lagi pasal consult dengan doc tadi. Hah! name doc tu Dr. Haziqah sebab terbaca kat kad appointment. Sebelum ni aku tak kisah pun pasal kesihatan mulut. Lagi2 ade sejarah trauma accident yang buatkan gigi aku tertolak masuk dalam gusi. 8 tahun dulu~ Bile dah jadi camni, baru nak jumpe doc. Dulu xde kesedaran pun pasal penting check gigi ni. Korang yang ade masalah gigi tu rajin2 lah jumpe dentist ye. Kemudahan hospital kerajaan ada kalau tak mampu mana. Cume nak pergi atau tak je~

RCT tu ape? Nanti aku story kat post seterusnya.. Panjangkan post aku? Cam novel lak. Aku suka cerita panjang2 biar orang faham apa yang aku nak rasa. Nak korang pun feel cam aku rasa.
Jumpe lagi.. Assalamualaikum~

"...Don't depend too much on anyone in this world because even your shadow leaves you when you're in darkness..."

No comments:

Post a Comment