Friday, 18 November 2016

RCT, CALLING & MEETING

Assalamualaikum~
Sambungan kepada post dolu2 pasal RCT (SWELLING, MEMBUKA MATA HATIKU..). Ok, lepas diberi pendedahan pasal RCT time jumpe dentist, Dr. Haziqah kat Klinik Kesihatan Batu Pahat bahagian Pergigian. Fuhh, panjang nak bagitaw department dia. Aku pun terajin nak search pasal RCT ni. RAWATAN AKAR GIGI @ ROOT CANAL TREATMENT (RCT) ni rawatan untuk membaiki dan selamatkan balik gigi kita yang dah rosak teruk ataupun yang telah dijangkiti kuman cam kes aku. Semasa proses RCT ini, saraf gigi kita akan dimatikan, kemudian dicuci bersih dan ditampal kemas. Mula2 x dapat imagine gak, try tengok video.. Huhuhu seram lak bile tengok gigi kena tebuk, korek & tampal. Boleh try tgk youtube proses dia. Berbeza ikut jenis gigi. Cam kes aku kat gigi depan.


7/11/2016 ISNIN
4 hari berlalu lepas consult dgn dentist minggu lepas. Dalam kul 2.30 petang, aku ada meeting kat bangunan fakulti kat UTHM time ni. Tengah duduk sembang2 kosong dengan classmate tiba2 ade call no pejabat. Aku dah risau sebab aku tak suke jawab no telefon pejabat2 ni. Tak sudah suruh datang ade hal la, kena amik borang itu ini, kena cari kelas ganti. Macam2 laa. Aku jadi malas sebab susah takde transport nak gerak. Bas Mayang Sari yang UTHM provide jelaa ada. Itupun sejam sekali gerak. Tapi sebabkan time ni aku ade kat fakulti, angkat jelah call tu dah dekat sangat kalau nak jumpe lecturer or staff pejabat. Bile jawab call tu....

"...Assalamualaikum~ Ni Nur Afiqah ke?.."
Hahaha, guest what? Aku kenal suara ni!! Ni doc yg consult aku tu sebab suara lembut mesra dia. Then aku laju je jawab ya, dalam hati lega sangat sebab bukan lecturer yang call. Tak gune betul Kakpa ni..
"...Saya Dr Haziqah dari Klinik Pergigian Batu Pahat yang check gigi awak minggu lepas. Ok, camni.. Boleh tak minggu ni datang klinik sekali lagi sebab nak wat checkup kali kedua untuk kepastian sebelum wat RCT..."
Alamak, esok takleh sebab ade kelas takut lewat habis. Doc suggest esok tapi aku jawab jela takleh. Hari Khamis je yang betul2 free cam minggu lepas datang hari Khamis gak. Agak lama gak dia fikir nak cakap ya tu.. tengah tengok jadual appointment kot. Selamat laa dia setuju nak jumpe hari Khamis minggu ni kul 2 petang. Just dia suruh aku tukar tarikh kat kad appointment tu.

Then, bile meeting tu start, penasihat akademik kitorg Prof Talib inform kitorang pasal satu tugasan luar yang kitorang kena handle. Kitorg diberitahu yang satu kelas aku kena gi sekolah agama kat Parit Jelutong, Penggaram & Ayer Hitam. Program luar pertama kitorang pelajar perabot kena gi ukur pelajar darjah 4, 5 & 6 untuk cari purata nak wat kerusi & meja sekolah baru. Ukur cam biasa kat bahu, lengan, pinggang ke lutut & lutut ke buku lali. Best tuu, dapat jumpe adik2 sekolah rendah (sekolah agama). Terharu dapat pengalaman dan peluang camni. Bagi aku seronok, kawan2 lain tak tau laa... Nanti aku cerita pasal kos yang aku belajar kat UTHM. Hint dia 'Perabot'.

 

Ok2, yang mengganggu fikiran aku sekarang ni sebab tarikh sama dengan appointment terbaru aku tu hari Khamis gak. Adoiii! pening dah kepala aku nak kena call balik. Aku tunggu sampai esok jela nak call tu kalau ade perubahan pape. Alhamdulillah malam tu dapat tau ade kawan aku takleh wat hari Khamis, boleh wat hari rabu je. Aku pun laju je cakap nak join hari Rabu tu sebab malas nak tukar tarikh appointment. Dalam hati cakap lega x call lagi doc tu nak ubah tarikh.. Satu kelas setuju je kitorang nak wat hari Rabu. Syukur Ya Allah, planning aku teratur. Harap2 hari Khamis ni pun dipermudahkan semua urusan pergi balik aku. Sebabnye, aku kena gi sendiri naik bas. Kawan aku yang biasa hantar tu busy nak kena gi sekolah agama tu kul 2 lebih. Kitorang kena bahagi kepada 3 group untuk pergi kat sekolah yang berbeza. So, kitorg pecah ikut sapa yang ade kenderaan kereta tu akan jadi ketua kumpulan. Aku join je group yang gi hari Rabu. Ade 5 orang termasuk aku yang akan gi ukur kat sekolah agama Parit Jelutong. Selamat dekat je depan UTHM. Jimat masa kat situ. Lagipun, kitorg gi lewat sebab ade kelas smpai kul 4 ptg. So, bajet dalam sejam je gi sana..

Apa jadi pada hari kejadian?? Tungguu...
Assalamualaikum~


"...Alone we can do so little; together we can do so much..." -Helen Keller-

No comments:

Post a Comment