Kali ni nak cerita panjang ni, perjalanan aku menuju ke Klinik!! Perjalanan satu hari ni, macam2 perasaan aku rasa. Disebalik kegembiraan pasti terselit kesedihan dalam hati ini.. Selami lah~
10/11/2016
KHAMIS
Cam
biase kelas Technical Writing (TW) kul 8.30 pagi. Kul 11 sepatutnya ada kelas
Psikologi tapi batal sebab lecturer kena gi conference ape ntah. Syukur dapat
gi klinik awal sikit nanti. Selamat la kelas ni batal sebab kelas TW ni kena
present proposal yang kitorang dalam group dah bincang minggu lepas. Baru
bagitaw subuh tadi, aku malas nak pakai formal pakai je tshirt & seluar
jeans. Time sampai kelas, kelam kabut la semua nak prepare untuk present dengan
slide pun baru nak buat. Aku bengong dah nak present ape ni? Hahaha.. Bile
Madam masuk (actually pangkat Dr tapi tak kisah pun student panggil dia Madam, susah dah nak jumpe orang humble camni sekarang),
semua cam tak ready pape. Dia cakap sape present dulu, reward dia boleh balik
awal. Aku takde interest pun nak balik awal sebab slide pun takde lagi. Hahaha. Last2
group aku decide nak present last sekali. Aku tak kisah sebab kurang malu sikit
sebab dah takde sesiapa pun, semua dah balik. Present tu lama gak sebab time
kitorang nak present as group last dah pukul 11.30 pagi. Fuhh, selamat kelas
Psikologi tu batal, kalau tak memang dah ponteng tak gi punye. Alhamdulillah,
present lancar je maybe takde orang dah kot. Jadi selesa nak terangkan
proposal.
Habis
kelas TW tu, member group TW aku sudi untuk hantarkan aku sampai kat bustop dalam UTHM tapi kedudukan dia dekat dengan pintu besar keluar masuk kenderaan. Kalau student sini panggil bustop ni as ATM sebab tepi bustop ni ade mesin ATM. Dalam
kereta dia sembang2 pastu ade masa bile aku kecek kelate sikit sebab 2 orang
dalam kereta tu orang Kelantan. Yang sorang tu dah taw aku boleh kecek kelate.
Yang sorang lagi tu terkejut. Wakakaka.. Lepas sampai kat ATM pintu besar depan
UTHM, aku saja masuk blok kelas sebab nak lari dari diorang. Taknak diorang
nampak aku nak keluar UTHM jalan kaki gi bus stop awam luar kat seberang jalan nak tunggu
bas. Nanti banyak lak tanye nak kemana. Taknak susahkan dyorang nak kena hantar
aku sampai kat bustop. Hantar sampai kat ATM pun aku dah syukur sangat. Main
pusing2 tengok kereta dyorang dah takde. Cepat2 jalan kaki keluar UTHM gi
tunggu bas.
Time tu dah kul 12.15 pm. Duduk kat bustop makan sandwich buat alas
perut takut lupe cam hari tu tak makan pape sampai kul 5. Aku expect bas lambat
dalam setengah jam akan sampai sini, so sampai kat klinik dalam kul 1.15 pm
camtu. Lari lak plan sebab bas sampai awal pulak. 5 minit je aku tunggu dah
sampai. Naik jela kang tunggu yang lain takut lambat sangat pulak. Syukur ade
bas sekarang. Risau gak 1st time naik bas sorang2 nak turun kat klinik tu.
Selamat sampai kul 12.35 pm cmtu. Awal giler! Malas nak tunggu kat dalam
bahagian pesakit luar, aku tunggu kat luar klinik je sebab ade kerusi batu.
Angin pun kuat gak. Aircond kang gigil sejuk. Mereput la aku kat situ, gi solat
jap tunggu balik sampai kul 1.50 pm. Sekejap main game, sekejap main fb,
twitter, insta.. Semua apps aku bukak. Bosan punye pasal sampai bateri pun nak abis. Selamat
aku bawak mp3 boleh dengar lagu. Nak tidor tak berani takut terlajak &
takut beg hilang. Peluk kuat2 beg buruk kelabu aku ni.
![]() |
| Bosan menuggu sampai kul 2 petang |
Dah
kul 1.50 pm. Aku masuk naik tingkat atas bahagian pergigian. Tutup, gelap lagi.
Orang pun takde lagi. Tak sampai 2-3 minit, ade orang datang tunggu gak nak wat
rawatan. Pastu ramai terus datang tapi semua cina. Aku je Melayu situ. Yang aku dapat
agak, kul 2 ni memang khas untuk yang wat appointment sebab semua pegang kad
pink appointment. Tibe2 ade auntie cina ni datang dengan anak dia. Pintu tengah tutup gelap lagi, dia selamba je gi kat pintu tu terus
tolak. Abis jatuh rantai kunci yang besi besar gedabak tu. Bising lak tu bunyi
jatuh tu. Semua pandang dia. Sekali2 doktor kat dalam tu pandang. Relax la
kot, bagi la dyorang rehat. Tak sabar betul, tau lak buat muka tak bersalah
terus undur cam takde pape wat2 smbang dengan anak dia. Mentang2 aku tak faham
bahasa cina. Tepat kul 2, pintu lampu semua bukak. Bagus! Letak kad &
tunggu jela nama dipanggil untuk amik no giliran pastu tunggu no terpapar.
Dalam 7-8 minit camtu, no aku keluar. Terus masuk bilik rawatan..
![]() |
| Auntie tu takde lak dalam gambar ni.. |
Bukak
je pintu slow2... aikk!? nape doctor lain? Aku senyum je kat dia sebab dia duk
kat meja tepi & orang pertama aku nampak bila bukak pintu. Pastu pandang
kanan dekat kerusi rawatan tu, baru la nampak Dr Haziqah tu. Aku kenal mata dia
je. Muka tak pernah tengok lagi sebab sepanjang masa pakai mask biru tu. Fuhh
lega! doc sama.. Then, aku terus bagi surat fotostat yang dia mintak dulu. Dia
check balik swelling aku & tanye condition aku camne. Ade doc lelaki lain
gak time ni maybe senior dia kot sebab dia pun check swelling aku tu & bagi
pendapat. Yang wat suspen aku bile Dr Haziqah tu tengah sentuh2 swelling tu,
boleh dia cakap.. "...Isshh,
geram la macam nak cucuk bius je kat bengkak ni kasi keras..." wakakaka!
Lawak apa yang dia tengah buat ni? Saje nak takutkan aku ke atau dia bermonolog
sendirian dia? Bergurau lak doc ni. Main2 kan perasan aku tul. Takut kot bila dengar
kena bius. Teringat time accident dulu kena cucuk bius banyak giler dalam 3
kali kot. Sakit namateii! sampai keluar air mata aku time tu. Risau aku bile
dengar bius2 ni. Dr Haziqah cerita la kes aku kat doc lelaki tadi & doc
lelaki tu perasan yang philtrum kanan aku bengkak naik sebelah.
Then....
yang wat aku berdebar sebenarnya.. Jap! Dengan Dr Haziqah ni semua benda jadi
suspen tapi bagi dia benda tu biasa2 je. Just suruh aku relax~ yang aku jantung
dah dup dap dup dap. Nak cerita, yang proses seterusnya ni aku risau sebab dia
cakap nak wat treatment cas elektrik kat gigi nak tengok saraf ni dah mati or
hidup lagi. Baik punye dia cakap, jangan takut ape2 ye sebab cas elektrik ni
tak kuat mana. Muka aku memang cool je dalam hati ni? Cuak giler main elektrik
ni. Nama treatment ni tak tau la tapi berkaitan cas elektrik. Kelakar sangat
proses ni. Camni, Doc cakap kalau ade rase "Zapp", angkat tangan so
dia akan stop and cas kat gigi lain lak. "Zapp"?? Itu lah cas
elektrik kot aku dok bayangkan.
Bile dia start, bace Bismillah dulu. Bagus doc
ni! Dia ade jugak suruh aku pegang besi ape ntah. Ikut je. Doc letak je alat tu
kat gigi, senyap aku takde rasa pape. Dia try kat 4 gigi atas aku. Serius takde
rase pape. Senyap.. So, doc pun stop jap cakap kat aku yang inilah maksudnya
saraf gigi aku dah mati. Kalau dibiarkan umur dah lanjut nanti gigi2 ni boleh
tertanggal. Huhuhu.. Then, dia sambung balik nak try kat gigi lain lak betul ke
alat tu berfungsi baik. Dia try sentuh kat gigi tepi sikit. Yang ni serius aku
dapat rasa "zapp" tu. Terus angkat tangan sebab terkejut. Rase dia
cam sakit ngilu. Cam iklan sensodyne tu kot. Hahahaha.. Ngilu sangat! Dia try lak kat gigi sebelah lain lak. Aku bile
dah start rase ngilu tu, berdebar kot untuk rase ngilu kali kedua. "Zapp"!!
Yang ni cepat giler sakit dia. Terkejut punye pasal, laju giler angkat tangan sebab yang ni kuat sikit rase
ngilu tu. Dengan doc2 tu pun sekali terkejut. Wakakaka.. Aku nak je ketawa tapi cover kot. Agak riuh tengok proses aku sebab ade je pembantu doktor
yang lain kat situ. Muka tebal je aku. Terus dia cakap okay, alat ni betullah
menjadi, okay selesai dah. Dah macam bahan eksperimen aku hari ni.
Proses
seterusnya doc suruh aku amik x-ray lagi tapi angle lain. Yang kali ni pembantu
perempuan lak. Selamat sikit rasa. Ade gak pembantu lelaki yang haritu tapi dia
tolong dentist lain hari ni. Harap dia tak ingat muka aku. Hahaha.. Habis proses ni, cam biase tunggu kat kerusi depan kat kaunter awal2 tadi. Tunggu doc panggil balik. Dyorg nak analisis x-ray la tu. Dalam 5 minit camtu, no aku keluar tapi no bilik rawatan kat belakang. Pelik dah. Nape x bilik kat depan je. Pikir bukan2 dah ni. No bilik kat belakang start dengan 7 sampai 9 kot. Ni bilik cam kes berat sikit. Huhuhu.. Masuk je, doc cakap terus kat aku yang emergency kena wat RCT hari ni gak... WHAT...!!? Nak terlopong mulut xleh. Angguk2 kepala je. Seram siot. Terbayang gerudi bagai. Hahaha. Ngok tul fikiran aku time ni.
Sebenarnya, doc suruh wat hari ni sebab dia risau kalau tunggu lagi sebulan appointment lama tu bulan 12, gigi aku bengkak lagi besar & rosak teruk sebab jangkitan kuman. Kali ni aku bagitau korang yang filem x-ray tu nampak clear giler bengkak kat akar gigi aku ade 2 and besar gak. Takut aku. Teruskan jelaa dengan RCT ni. Hurmm, bile fikir balik doc ni concern gak dengan keadaan aku ni. Tq doc. Dia cakap ini yang terbaik untuk aku. I follow je. Time dye siap2 pakaikan kain alas, prepare brg2 dia, doc ckp yang dia tak cucuk bius sebab gigi aku takkan rasa sakit sebab akar tu dah mati. Tak rasa pape. Tapi kalau sakit dia suruh bagitau & dia akan cucuk bius. Nampak tak dia tengah nak tenangkan aku. Hahaha.. Lega gembira dengar takyah bius. Dalam bilik ni bukan kitorg 2 je tapi ade lagi doc lain & pembantu doc. Tgh2 nak start tu, boleh lak dia sembang2 dgn kawan2 la kot aku kire doc lain tu pasal skandal dentist department dyorang. Aku pun terketawa sekali. Kelakar wei, dah macam aku sembang dengan kawan aku pasal si A suka si B. Tgh2 dia sembang, bukan dengan aku tau tapi dgn doc lain tu, aku terdengar dia cakap....
"...sedih la wei, tinggal berapa je. Aku dengan si (sape ntah name) pindah tempat lain dah. Last kot hari ni. Batch kite semua berpecah pindah..."
"...nanti Dr Azizan ganti aku untuk kes adik ni. Dr Azizan hari Khamis ade je. Adik ni (refer kat aku la tu) pun boleh datang hari Khamis sebab hari camni je dia free..."
Pastu dia blah kejap amik equipment utk RCT, meninggalkan aku dengan penuh pertanyaan kat kepala ni. Pindah?? Hari ni last? Nak rasa sedih ni, tapi cube positif kan balik fikiran. Fokus kat RCT ni. Jangan fikir bukan2.. Time proses ni tengah berlangsung, aku duk perhati je alat2 yg doc gune, macam2 aku tgk pelik kot. Penat kot tangan sebelah kiri nak kena pegang alat yang sedut saliva tu. Ade masa bile ntah dia x sengaja tersiku spek mata aku. hahaha. Cepat2 dia mintak maaf. Risau la tuu. Tapi memang betul, time dia tebuk wat lubang tu x sakit langsung cume bile dia korek2 lubang untuk buang akar saraf yang dah mati tu bisa sikit tapi xdelah sakit cam kena cucuk. Sambil tu dia terangkan yang betullah saraf tu dah mati sebab senang je dia tebuk & ade je akar hujung tu keluar tapi dah pecah2. Pastu dia ade cucuk solution. Tak tau gak ape tu tapi bile aku bace internet, solution tu utk cuci dalam lubang gigi yang dia tebuk tu. Tak sakit pape pun.
Tapi part yang sakit sebenarnya time dia tekan bengkak aku tu. Sakit kot.. Huhuhu. Tahan je sakit. Doc tanye sakit ke tak? Aku cakap jela ye. Pastu dia cepat2 cakap sorry ye kalau saya tekan ni sakit tapi nak buang nanah kat bengkak ni. Caring kan? Dia cakap bile dia tekan, keluar nanah, cecair and darah sekali. Ade lagi pelik lepas tu, dia wat proses keringkan lubang tu. Dia sumbat something cam kapas tapi bentuk jarum warna putih. Tak tau name. Sambil tu doc tu tgk jam tengok dah nak dekat kul 3.30 petang. Aku dengar dia cakap dah nak abis waktu. Aku rase hari Khamis abis waktu kerja kul 3.30 petang kot. Dia dah risau sebab gigi aku lambat kering sebab yang dia tekan bengkak tu kot. Last2, dia suruh aku tunduk, biar graviti yang wat kerja. Hahaha ayat dia pergghh. Dak2 sains, bio, fizik memang cmni kot. Menjadi kot! terus keluar habis & kering. Cepat2 dia tampal lubang tu. Dia cakap tampalan sementara untuk tunggu procedure sebulan lagi. Alhamdulillah, siap semua dia suruh aku kumur cuci mulut. Siap!
| Tak jumpe cari lak gambar solution tu tapi camni lah alat dia nak cuci |
Dia suruh aku tunggu jap sebab nak tulis report & nak consult sikit. Sambil doc tak nampak, aku pun tangkap la gambar yang aku rasa terakhir untuk dia dari belakang. Nanti aku tunjuk kat bawah sebab aku rase cam ade puisi yang berlegar kat kepala aku. Habis tulis report, dia bagi kad appointment tarikh baru. Tetulis nama Dr Azizan. Betollah kot sangkaan aku tadi... Dia suruh aku tanda tangan kat report tu & conclude balik pasal RCT tadi. Time dia cakap aku x dengar sangat sebab duk fikir sape Dr Azizan ? Ok ke dia? Hahaha. Habis tu, nak blah dah tapi aku wat2 tanye, nanti sape yang rawat lak? Dia pun cakap yang saya takde dah. Hari ni last. Nanti ade doc lain ganti. Betullah.. Huhuhu~ Terus aku salam dia cakap terima kasih banyak2 atas perhatian dia. Bile aku keluar & nak tutup pintu slow2 aku sempat nampak doc tu gerak nak beredar dah kat bilik sebelah. Apa yang aku nampak? Ya, dia nampak girang sangat sambil cakap.. "..yeah! dah abis!.." Terserlah kegembiraan itu yang bagi aku kali terakhir kot aku tengok dia. Bisik hati aku~ "..terima kasih.."
Tengok jam tepat2 pukul 3.30 petang. Lancar semua. Yang terkejut lagi ni sebab lampu kat kaunter tu dah tutup semua! Wakakaka.. Kat kaunter je bukak satu. Cepat2 aku bagi report aku tu kat staff yang ade. Aku tanye, ade bayar pape ke? Dia cakap takde, boleh balik. Aikk?? bukan bayar ke? Arrgghh, balik jelaa. Terus amik beg yang aku tinggal kat kerusi, blah sebab aku patient last sekali. Hahaha.. Balik naik bas la apa lagi! Selamat sampai hostel dalam kul 5 petang lebih sebab bas datang lambat. Malam tu, mak aku terus call tanye pasal gi klinik tadi. Baru nak call, mak lagi awal call. Mak cakap, jaga sikit makan tu sebab takut bengkak tu naik balik. I follow je... Sayang Makk!!
Sampai sini je.. Panjang kan?? Baru naik sikit feel tu..
Diselitkan puisi untuk Dr Haziqah di bawah ni.. Assalamualaikum~
TERIMA KASIH
Pertemuan kita
hanya dua kali
Kebaikan
doktor terpahat dihatiku ini
Pertemuan
ketiga takkan pernah terjadi
Kerna kau
terpaksa pindah pergi...
-AK-



No comments:
Post a Comment