Wednesday, 23 November 2016

PELUANG KEDUA

Assalamualaikum~
Bersua kembali. Kali ini nak cerita pasal course yang aku amik kat UTHM. UTHM? ape ni? Nama sekarang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dulu orang panggil Kuiitho kot tak silap. Lokasi kat Batu Pahat, Johor sebelum masuk pekan Parit Raja. U ni bukanlah dalam kawasan pedalaman, tanah rata je & dekat dengan pekan lagi tu. Aku student degree tahun kedua dah sekarang ni. Program yang aku amik nama dia panjang sangat.. "SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI (REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT) DENGAN KEPUJIAN". Kitorang batch pertama tau! First intake..

Bangunan Fakulti aku
Shortform atau kod untuk course ni dipanggil 'BPP'. Program ni bawah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP). Bila tengok ada 'pengurusan teknologi' + 'perabot' cam pelik kan..? Kau belajar apa je ni? Aku lagilah pelik mula2 dengar. Yang dapat aku simpul bila tengok struktur subject2 yang disenaraikan untuk 4 tahun belajar, bila masuk dunia pekerjaan kita boleh pilih nak kerja dalam bidang pengurusan ke, industri kilang2 pembuatan ke atau nak libatkan diri dalam bidang design boleh, perkayuan boleh. Bidang perabot memang sangat2 boleh. Banyak cabang dia. Subjek yang korang akan belajar, dia balance pengurusan & perabot. Kalau yang betul2 minat design tapi tak minat bab2 pengurusan & kira-kira. Dinasihatkan tak perlu kot apply course ni sebab subjek kira2 dalam industri manufacturing tu memang kena belajar.

Untuk adik-adik yang berminat nak amik course ni. Memang Kakpa as student sini alu-alukan sangat. Akak dulu ni lepasan Diploma Perakaunan kat UiTM Machangster. Tak ke menyimpang sangat2? Hahahaha. Janji korang minat melukis & bab2 pengurusan. Akak ni sebabkan minat benda2 ni, tu yang apply masuk UTHM ni. Subjek akaun memang dah tak minat. Tokleh gii, ore kelate kecek.. Akak just mohon manual, hantar borang je. Tak isi pun online. Time ni takde interview, ujian lukis2 semua takde. Hantar borang, check result dapat, terus daftar masuk as student degree. Simple kan. Tapi ade classmate dari matrikulasi & STPM, dyorang mohon secara online UPU. Boleh je mana2 yang penting follow procedure untuk memohon, doa banyak2 moga diluluskan. Untuk tahun2 seterusnya tak tau la akan ade pape interview or drawing test.

Back to myself~ Macam mane terdetik nak mohon program baru ni? Hah, soalan ni paling suka nak jawab disebabkan kebetulan dan ketentuan. Tahun 2015 time masih menganggur takde kerja. Setahun jugaklah. Mohon nak masuk degree tak dapat semua. Hati perasaan takyah cakap down stress kecewa semua ada. Hampir putus asa. Selamat takda kemurungan je.. Hahaha.. Kebetulan rasa nak bace newspaper Utusan time tu. Kalau tak, baca Metro je. Tengah selak2 newspaper Utusan tu, tiba2 mata ni terpandang iklan program baru ni. Terus baca... Mula2 baca cam kelakar sebab belajar perabot. Tapi cam lain kata hati ni. Nak ke taknak? Lain macam dah perasaan ni, last2 terus kerat iklan tu. Masuk bilik bace balik requirement dia nak. Siap survey kat laman web UTHM. Macam sesuai sebab ade pengurusan. Semua tu dah belajar time diploma dulu. Ada reka bentuk perabot. Mesti ade lukis2. Aku minat lukis2 ni walaupun takde la lawa mana. Macam sesuai je dengan apa yang aku impikan. Petang tu tanya kat mak tapi mak cakap betul ke nak amik course ni sebab berkaitan perabot. Takut tak leh bawak. Aku time ni rasa cam yakin sangat boleh. Semangat baru tu tiba2 muncul. Mungkin Allah hadirkan perasaan ni sebagai petunjuk masih ada peluang lagi untuk aku menimba ilmuNya. Niat nak sambung belajar tu penting.

Ni iklan kemasukan yang aku terpandang tu
Esoknya terus print borang2 semua hantar lusanya sebab nak mintak cop bagai semua2 tu. Tak silap tarikh tutup permohonan pun tak lame dah time tu. Tinggal seminggu je.. Tq sangat kat ayah aku yang tolong poskan borang tu. Pos ekspress terus. Ni je peluang terakhir aku nak sambung belajar degree. Aku masih minat nak sambung degree tapi kalau boleh universiti awam sebab yuran murah sikit. Ada je tawaran U swasta tapi yuran sangat mahal. Takut hutang banyak2 nanti. Taraf kerajaan je mampu. Bile tarikh result keluar dalam seminggu je tempoh dia bagi untuk terima. Setiap hari dari hari 1st keluar aku check. Tak keluar lagi untuk program ni. Sampailah hari keempat. Kecewa dah, macam tak dapat. So, aku hantar email tanye bila result keluar. Dibalas tapi pihak UTHM cakap masih dalam proses kalau dah seminggu takda tulis status pape. Dianggap tidak berjaya. Sedih kalau tak dapat sebab terlalu mengharap akan dapat. Peluang tu cam tipis. Bila hari kelima hari Khamis time ni, lagi 2 hari nak habis tarikh. Aku sajalah terajin nak jugak check result. Enter!........

"Permohonan Anda Berjaya. Sila sahkan status penerimaan anda..."

Weii, mule2 baca cam tak percaya. Mimpi ke aku ni. Lama gak otak ni loading nak terima input tu. Aku hanya mampu usap muka time tu ucap Alhamdulillah kepada Allah SWT sebab bagi aku peluang untuk sambung belajar sambil air mata dah mengalir. Nak jerit tak boleh. Terkedu jap. Mungkin berkat doa ibubapa kita jugak yang sentiasa doa untuk anak2 dia mana lah tahu kan. Mak aku memang nak aku sambung belajar lagi. Then, lap2 air mata aku terus keluar bilik cari siapa? Mak akulaa. Dekat tangga dah jerit2 mak-mak!! Agaknya mak aku mesti cakap dalam hati dia, buang tebiat ke anak aku ni tiba2 panggil kuat2. Hahaha.. Aku mengadap mak aku time tu tengah masak dengan gembiranya. Terus cakap, "Angah (panggilan kat rumah) dapat sambung kat UTHM. Result tu dah keluar. Yang program perabot tulaa.. Ahad ni daftar masuk kolej". Guess what?? Boleh mak aku dengan muka selamba dek takde gembira takde sedih terus tanye, "berapa yuran dia?" Adusshhh, deep nye soalan ni. Aku jawabla RM2000++... Nak nangis sebenarnya tapi tahan sebab aku tak nak mak nangis. Aku tahu dalam hati dia gembira sangat cuma tak nak tunjuk. Cume yuran tu mungkin agak mahal sikit kot sebab muka mak berkerut sikit. Aku cakap kat mak, kalau tak cukup duit, gadai jela subang emas angah ni wat bayar yuran sebab PTPTN mesti dapat lambat. Mak aku terus ubah topik cakap petang ni pergi print borang2 tu semua, mintak cop siap2. Dalam satu hari ni, aku gi print, mintak cop, bukak akaun bank baru, beli barang keperluan. Terima kasih kat mak ayah aku yang sentiasa support aku.

Hurmm... Tulah cerita bagaimana aku terdetik nak sambung belajar kat UTHM ni. Niat dan sokongan dari ibu bapa tu penting. Sebaliknya tawakal kepada Allah. Agak lama aku tunggu nak sambung degree & baru sekarang Allah benarkan. Mungkin ade hikmah melalui perancangNya ni. Sebab lain lagi aku nak mohon sini sebab abang aku pun study sini gak tapi dah tahun akhir. Senang ayah aku nak hantar sebab dah tahu jalan nak pergi balik. Dekat pun dekat. Kajang ke Selangor dalam 3-4 jam je. Pandangan orang lain? Ramai je kawan2 aku zaman diploma dulu tanya Kakpa nape tak sambung bisnes ke, banking ke or financial kat UiTM? Sayangnye.. Jiran2, sedare pun tanye gak. Mampuihh nak menjawabnya. Hurmmm, diyorg tak tahu banyak kisah sedey aku lalui nak mohon sambung kat UiTM ditambah lak dengan result pointer yang memuaskan je. 3.00 pointer pun tak lepas. Aku kecundang sikit time diploma ni sebab tak pandai bahagi masa, tambah lak dah tak minat subjek related with account. Siap extend sampai semester 7. Main2 lagi time belajar. Takleh lupa saat aku call mak aku, habaq yang aku kena extend satu sem lagi (sem 7) sebab ade subjek gagal. Huhuhu~ Menangis beb aku! Terasa tak berguna time tu. Rasa dah sia-siakan harapan mak ayah aku.

Officially UTHM student, Alhamdulillah
Rezeki Allah tu luas. Macam2 cara dia datangkan kat kita. Dan sekarang aku berjaya sambung degree kat sini dengan gembiranya sambil membawa semangat baru. Alhamdulillah boleh je survive dengan jayanya. Yang penting, yakin dengan kebolehan diri. Putus asa jangan pernah. Mohon selalu kat Allah. Memang kadang2 lambat diperkenankan tapi usaha dan sabar tu penting. Disebabkan aku dah pernah ade pengalaman kegagalan dalam belajar. Inilah motivasi terbaik buat aku untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Aku belajar benda baru dari kesilapan lama. Pengalaman tu buat aku jadi lebih matang. Yang penting aku taknak dah hampakan kali kedua harapan kedua ibu bapa aku kali ni. Aku target nak hadiahkan selempang ANC buat mereka. Insya Allah~ Sampai disini dahulu penulisan panjang ku. Assalamualaikum!
"...setiap manusia berhak diberi peluang kedua dalam hidup agar mereka terus belajar dari kesilapan lalu dan berharap tidak akan wujud peluang ketiga...-AK-"

3 comments:

  1. Salam kakpa, bagaimana cara pembelajaran untuk course ni ye?

    ReplyDelete
  2. Salam kak, lepas akak sambung belajar akak kerja apa?

    ReplyDelete
  3. Salam akak, lepas akak sambung belajar akak kerja apa?

    ReplyDelete