Sunday, 24 May 2020

Assalamualaikum~
Ya Allah dah lame x update blog ni... huhuhu am I still alive?? Aku busy survive hidup sbb langit x selalunya cerah. Banyak giler nak cerita ni... aku dah tinggalkan blog ni lame sgt ni. X leh jadi ni.. 2017 - 2020 omg hampir 3 tahun tersadai!

1) Projek/assignment perabot di UTHM
2) Lawatan2 sepanjang belajar degree
3) Latihan Industri
4) My graduation day
5) Kenangan2 hidup..... & banyak lagi


InsyaAllah aku cari masa untuk bercerita. Rindu nak bermonolog




“...Not how long, but how well you have lived is the main thing...” — Seneca

Friday, 16 December 2016

UKURAN ADIK-ADIK

Assalamualaikum~
I'm back!! Huhuhu busy wat report assignment bagai. Exam final pun tak lame dah. Start first paper aku 26 Disember ni. Bertabahlah... Nak cerita ape ek? Owh, pasal program amik purata ukuran adik-adik sekolah agama tuu. Ok ok.. Sape yang rajin nak bace entry sebelum ni, klik kat sini ye → Meeting

RABU 9/11/2016

Sebenarnya hari ni ade kelas kul 11 pagi sampai kul 4 petang. So, aku dengan group aku ada 5 orang semuanya termasuk aku decide nak gi lepas habis kelas. Sempat la nak prepare tali ukur, kertas catat2 nanti. Yang paling best, aku teringin nak bagi adik-adik sekolah tu gula-gula. Sebelum gi kelas pagi kul 11 tu singgap jap kedai gi beli gula-gula. Sampai makcik kedai tanya wat ape beli banyak2 ni? Aku pun cakap la nak kena gi sekolah agama.. bla bla bla.. Makcik tu siap cakap, budak2 memang suka gula2 ni.. Hahaha Berlari jugaklah sebab bas nak bertolak masuk UTHM dah. Then, kelas habis je terus gerak gi sekolah tu. Kitorang kena gi kat Sekolah Agama Parit Jelutong. Jauh?? Dekat sangat dengan UTHM ni. Depan U je. Aku pergi tumpang kereta classmate. Kitorg bertiga, yang lagi dua naik motor je pergi. Group aku ni ade 2 lelaki & 3 pompuan masuk aku la. Sampai je dalam sekolah ni, terus terpandang kat dalam kelas. Nampak cam tengah ujian kot sebab meja susun jarak-jarak and student senyap je. Tergelak aku sebab ade adik yang duk kat tepi pintu means aku boleh nampak dia dengan jelas. Boleh dia bisik2 dengan kawan depan dia sambil pandang2 kitorang yang baru sampai. Tengah ujian tu, boleh cakap lak dengan member. Memang padan la pelik muka tu, kitorang datang dengan pakai baju ungu bengkel entah dari mana tah. Rindu lak zaman aku sekolah agama dulu2. Hahahaha

As usual, bila sampai kenalah jumpe ustazahnye dulu. Sepatutnya kena jumpa ustaz tapi boleh lak dia ade kursus hari ni. Deal dengan dia la before nak lawat sekolah ni aritu. Dia suruh kitorang jumpe ustazah lain as wakil dia. Takpe lah.. Ustazah tu cakap, student ni ade ujian & abis kelas sampai kul 5.30 petang je. Time ni dah kul 5.00 dah. Memang rush sikit la nak wat ukur tu. Then, ustazah bawa kitorang gi kat kelas. Ade 3 kelas. Kitorang bahagi2 kan antara 5 orang ni. Aku join kelas darjah 6. Nak masuk tu, segan lak tiba2. Duk fikir ayat apa yang sesuai nak cakap dengan adik-adik ni. Bahasa lain sikit. Fuhh, selamat kawan aku yang lelaki tu approach dulu. Dia terangkan kat adik2 tu tujuan kitorang datang, pastu suruh semua beratur gi belakang kelas. Adik ni semua cam tengah wat aktiviti bebas, maybe dah abis silibus belajar kot. Atau exam dah habis. Aku pun dah lupa waktu belajar dulu. Lama dah 11 tahun yang lalu. Tapi yang aku perasan, sekolah agama kat Johor ni waktu dia berbeza dengan Selangor. Kat sini, start sekolah petang je pastu pecah lak dua sesi, waktu yang berbeza tak faham aku. Kalau Selangor, depend ade sesi Pagi atau Petang je. Sekolah agama aku dulu kena deal dengan sekolah kebangsaan. Contoh kalau darjah 1, 2, & 3 sesi pagi kat sekolah kebangsaan, so sekolah agama untuk darjah 1,2, & 3 jadi petangla. Darjah 4, 5, & 6 pun sama sebaliknya. Vice versa.

Suasana dalam kelas sambil dipantau Ustazah. Hahaha..
Ahhh abaikan sesi pembelajaran tu. Lepas tu berebut adik2 tu semua beratur cam interesting sangat kehadiran kitorang ni abang kakak. Beratur lelaki perempuan pisah. Aku ukur yang perempuan. Kawan aku lelaki ukur adik lelaki. Mula2 blur jap, nak ukur start dari mane ni? Hehehe first time buat aktiviti ni. Jadikanlah pengalaman ye Kakpa. Start adik pertama tanya nama, ukur la dari pinggang, lengan, lutut mende2 tu semua. Kertas nak catit ukuran dah siap dah, class rep aku prepare kan awal2 lagi. Kelas darjah 6 ni ade nak dekat 50 lebih student. Ukur cepat2 sebab kul 5.30 diorang kena gi solat Asar. Perrgghhh! terkejut aku nama adik2 ni kebanyakkannya panjang2 & moden giler. Jenuh nak mengeja lak. Elisa pun ade nama adik tu. Frozen aku dengar nama budak zaman sekarang. Yang aku bangga bila ade adik tu baca perkataan 'UTHM' kat baju kitorang. Promote la apa lgi... Apa cerita gula2 aku?? Of course la bagi tapi lepas diyorang diukur. Happy je muka dapat gula2. Lepas 10 minit ukur, kawan aku yang lain pun join sekali. Barula sempat nak tangkap gambar bukti wat aktiviti ni. Kelam kabut sebelum ni.

Dah macam Tailor kawan aku ni
Hah, aku tahu memang korang tengok gambar macam kitorang ni nak ukur wat baju. Ni aku nak tergelak sebab ade sorang adik perempuan ni rajin gi sembang aku dengan kawan perempuan aku. Boleh dia cakap "...akak, akak nak buat baju baru untuk kami ke??..." Ko rase?? Aku tergelak-gelak wei dengan kawan aku. Untung la sekolah ni kalau ade baju baru. Masalahnya nak ukur sebab lain. Hahahaha. Then, aku pun terang la kat adik tu yang akak ni datang nak ukur purata tinggi adik-adik sekolah rendah sebabnya nak buat kerusi baru untuk kegunaan sekolah yang ada kat Johor ni. Ayat aku pun tunggang-langgang nak cakap sebab nak faham kan adik ni. Siap aku tanya, adik dah belajar kan purata? Mesti faham kan lonsep purata. Dia angguk faham. Pastu dia balas balik kat aku "...tapi kitorang dah tak ade tahun depan. Tak sempat nak guna kerusi baru..." (Nada kecewa) Ko rase lagi?? Tergelak la aku lagi sambil memujuk dia... Aisshh ni terlebih faham ni. Nasib la dik dapat kerusi baru ke lama ke. Kalau cepat siap, sempat merasa kerusi baru.

Nampak dua orang adik lelaki tu?
Pastu ada lagi yang best pasal adik-adik ni. Time tu dah tinggal dua orang adik lelaki je. Yang perempuan dah settle. Nampak dalam gambar tu?? Hahaha Main2 adik tu. Aku gi kat diyorang saja nak tengok sebab dah siap, tinggal tunggu diyorang je. Then, yang pakai t-shirt cakap kat aku yang kawan depan dia nak aku yang ukurkan untuk dia. Gatal naa.. Aku cakap la takpa kawan akak lelaki ni yang ukurkan. Dah nak siap dah ni. Boleh yang pakai t-shirt cakap kat kawan dia tu "...hahaha, kakak tu reject kau laa..." Weii, budak zaman sekarang dahsyat giler. Tergelak aku kat situ malu tau. Wakakakaka. Dah siap tu, boleh lak malu2 mintak nak gula2 lebih. Bagi jela sebab ade je lebih. Settle!!

Muka aku memang susah nak senyum. Serius memanjang je, nasib la dik~
Macam2 budak zaman sekarang~ Habis tu dalam kul 5.30 jugak. Sempat jugak siap even ade masalah sikit. Berehh bohh.. Best tau sekali-sekala wat aktiviti camni. Dekat dengan generasi zaman Alpha Beta ni. Aku ni dah generasi Y. Beza peredaran masa, teknologi, media sosial sangat berlainan dulu sekarang. Apatah lagi minda dan pemikiran modal insan sekarang. Dapat la jugak selami perasaan adik-adik, berkomunikasi dengan pihak luar seperti ustaz ustazah sini, ni yang aku dapat. Pengalaman kot. Aku tak tau apa cerita kawan2 aku yang lain yang bakal pergi sekolah agama kat Ayer Hitam & Penggaram esoknya.. Ok done penulisan kali ni. Bersedia la untuk minggu study week aku.. Assalamualaikum~
"...sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga..." -HR Muslim-

Wednesday, 23 November 2016

PELUANG KEDUA

Assalamualaikum~
Bersua kembali. Kali ini nak cerita pasal course yang aku amik kat UTHM. UTHM? ape ni? Nama sekarang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dulu orang panggil Kuiitho kot tak silap. Lokasi kat Batu Pahat, Johor sebelum masuk pekan Parit Raja. U ni bukanlah dalam kawasan pedalaman, tanah rata je & dekat dengan pekan lagi tu. Aku student degree tahun kedua dah sekarang ni. Program yang aku amik nama dia panjang sangat.. "SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI (REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT) DENGAN KEPUJIAN". Kitorang batch pertama tau! First intake..

Bangunan Fakulti aku
Shortform atau kod untuk course ni dipanggil 'BPP'. Program ni bawah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP). Bila tengok ada 'pengurusan teknologi' + 'perabot' cam pelik kan..? Kau belajar apa je ni? Aku lagilah pelik mula2 dengar. Yang dapat aku simpul bila tengok struktur subject2 yang disenaraikan untuk 4 tahun belajar, bila masuk dunia pekerjaan kita boleh pilih nak kerja dalam bidang pengurusan ke, industri kilang2 pembuatan ke atau nak libatkan diri dalam bidang design boleh, perkayuan boleh. Bidang perabot memang sangat2 boleh. Banyak cabang dia. Subjek yang korang akan belajar, dia balance pengurusan & perabot. Kalau yang betul2 minat design tapi tak minat bab2 pengurusan & kira-kira. Dinasihatkan tak perlu kot apply course ni sebab subjek kira2 dalam industri manufacturing tu memang kena belajar.

Untuk adik-adik yang berminat nak amik course ni. Memang Kakpa as student sini alu-alukan sangat. Akak dulu ni lepasan Diploma Perakaunan kat UiTM Machangster. Tak ke menyimpang sangat2? Hahahaha. Janji korang minat melukis & bab2 pengurusan. Akak ni sebabkan minat benda2 ni, tu yang apply masuk UTHM ni. Subjek akaun memang dah tak minat. Tokleh gii, ore kelate kecek.. Akak just mohon manual, hantar borang je. Tak isi pun online. Time ni takde interview, ujian lukis2 semua takde. Hantar borang, check result dapat, terus daftar masuk as student degree. Simple kan. Tapi ade classmate dari matrikulasi & STPM, dyorang mohon secara online UPU. Boleh je mana2 yang penting follow procedure untuk memohon, doa banyak2 moga diluluskan. Untuk tahun2 seterusnya tak tau la akan ade pape interview or drawing test.

Back to myself~ Macam mane terdetik nak mohon program baru ni? Hah, soalan ni paling suka nak jawab disebabkan kebetulan dan ketentuan. Tahun 2015 time masih menganggur takde kerja. Setahun jugaklah. Mohon nak masuk degree tak dapat semua. Hati perasaan takyah cakap down stress kecewa semua ada. Hampir putus asa. Selamat takda kemurungan je.. Hahaha.. Kebetulan rasa nak bace newspaper Utusan time tu. Kalau tak, baca Metro je. Tengah selak2 newspaper Utusan tu, tiba2 mata ni terpandang iklan program baru ni. Terus baca... Mula2 baca cam kelakar sebab belajar perabot. Tapi cam lain kata hati ni. Nak ke taknak? Lain macam dah perasaan ni, last2 terus kerat iklan tu. Masuk bilik bace balik requirement dia nak. Siap survey kat laman web UTHM. Macam sesuai sebab ade pengurusan. Semua tu dah belajar time diploma dulu. Ada reka bentuk perabot. Mesti ade lukis2. Aku minat lukis2 ni walaupun takde la lawa mana. Macam sesuai je dengan apa yang aku impikan. Petang tu tanya kat mak tapi mak cakap betul ke nak amik course ni sebab berkaitan perabot. Takut tak leh bawak. Aku time ni rasa cam yakin sangat boleh. Semangat baru tu tiba2 muncul. Mungkin Allah hadirkan perasaan ni sebagai petunjuk masih ada peluang lagi untuk aku menimba ilmuNya. Niat nak sambung belajar tu penting.

Ni iklan kemasukan yang aku terpandang tu
Esoknya terus print borang2 semua hantar lusanya sebab nak mintak cop bagai semua2 tu. Tak silap tarikh tutup permohonan pun tak lame dah time tu. Tinggal seminggu je.. Tq sangat kat ayah aku yang tolong poskan borang tu. Pos ekspress terus. Ni je peluang terakhir aku nak sambung belajar degree. Aku masih minat nak sambung degree tapi kalau boleh universiti awam sebab yuran murah sikit. Ada je tawaran U swasta tapi yuran sangat mahal. Takut hutang banyak2 nanti. Taraf kerajaan je mampu. Bile tarikh result keluar dalam seminggu je tempoh dia bagi untuk terima. Setiap hari dari hari 1st keluar aku check. Tak keluar lagi untuk program ni. Sampailah hari keempat. Kecewa dah, macam tak dapat. So, aku hantar email tanye bila result keluar. Dibalas tapi pihak UTHM cakap masih dalam proses kalau dah seminggu takda tulis status pape. Dianggap tidak berjaya. Sedih kalau tak dapat sebab terlalu mengharap akan dapat. Peluang tu cam tipis. Bila hari kelima hari Khamis time ni, lagi 2 hari nak habis tarikh. Aku sajalah terajin nak jugak check result. Enter!........

"Permohonan Anda Berjaya. Sila sahkan status penerimaan anda..."

Weii, mule2 baca cam tak percaya. Mimpi ke aku ni. Lama gak otak ni loading nak terima input tu. Aku hanya mampu usap muka time tu ucap Alhamdulillah kepada Allah SWT sebab bagi aku peluang untuk sambung belajar sambil air mata dah mengalir. Nak jerit tak boleh. Terkedu jap. Mungkin berkat doa ibubapa kita jugak yang sentiasa doa untuk anak2 dia mana lah tahu kan. Mak aku memang nak aku sambung belajar lagi. Then, lap2 air mata aku terus keluar bilik cari siapa? Mak akulaa. Dekat tangga dah jerit2 mak-mak!! Agaknya mak aku mesti cakap dalam hati dia, buang tebiat ke anak aku ni tiba2 panggil kuat2. Hahaha.. Aku mengadap mak aku time tu tengah masak dengan gembiranya. Terus cakap, "Angah (panggilan kat rumah) dapat sambung kat UTHM. Result tu dah keluar. Yang program perabot tulaa.. Ahad ni daftar masuk kolej". Guess what?? Boleh mak aku dengan muka selamba dek takde gembira takde sedih terus tanye, "berapa yuran dia?" Adusshhh, deep nye soalan ni. Aku jawabla RM2000++... Nak nangis sebenarnya tapi tahan sebab aku tak nak mak nangis. Aku tahu dalam hati dia gembira sangat cuma tak nak tunjuk. Cume yuran tu mungkin agak mahal sikit kot sebab muka mak berkerut sikit. Aku cakap kat mak, kalau tak cukup duit, gadai jela subang emas angah ni wat bayar yuran sebab PTPTN mesti dapat lambat. Mak aku terus ubah topik cakap petang ni pergi print borang2 tu semua, mintak cop siap2. Dalam satu hari ni, aku gi print, mintak cop, bukak akaun bank baru, beli barang keperluan. Terima kasih kat mak ayah aku yang sentiasa support aku.

Hurmm... Tulah cerita bagaimana aku terdetik nak sambung belajar kat UTHM ni. Niat dan sokongan dari ibu bapa tu penting. Sebaliknya tawakal kepada Allah. Agak lama aku tunggu nak sambung degree & baru sekarang Allah benarkan. Mungkin ade hikmah melalui perancangNya ni. Sebab lain lagi aku nak mohon sini sebab abang aku pun study sini gak tapi dah tahun akhir. Senang ayah aku nak hantar sebab dah tahu jalan nak pergi balik. Dekat pun dekat. Kajang ke Selangor dalam 3-4 jam je. Pandangan orang lain? Ramai je kawan2 aku zaman diploma dulu tanya Kakpa nape tak sambung bisnes ke, banking ke or financial kat UiTM? Sayangnye.. Jiran2, sedare pun tanye gak. Mampuihh nak menjawabnya. Hurmmm, diyorg tak tahu banyak kisah sedey aku lalui nak mohon sambung kat UiTM ditambah lak dengan result pointer yang memuaskan je. 3.00 pointer pun tak lepas. Aku kecundang sikit time diploma ni sebab tak pandai bahagi masa, tambah lak dah tak minat subjek related with account. Siap extend sampai semester 7. Main2 lagi time belajar. Takleh lupa saat aku call mak aku, habaq yang aku kena extend satu sem lagi (sem 7) sebab ade subjek gagal. Huhuhu~ Menangis beb aku! Terasa tak berguna time tu. Rasa dah sia-siakan harapan mak ayah aku.

Officially UTHM student, Alhamdulillah
Rezeki Allah tu luas. Macam2 cara dia datangkan kat kita. Dan sekarang aku berjaya sambung degree kat sini dengan gembiranya sambil membawa semangat baru. Alhamdulillah boleh je survive dengan jayanya. Yang penting, yakin dengan kebolehan diri. Putus asa jangan pernah. Mohon selalu kat Allah. Memang kadang2 lambat diperkenankan tapi usaha dan sabar tu penting. Disebabkan aku dah pernah ade pengalaman kegagalan dalam belajar. Inilah motivasi terbaik buat aku untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Aku belajar benda baru dari kesilapan lama. Pengalaman tu buat aku jadi lebih matang. Yang penting aku taknak dah hampakan kali kedua harapan kedua ibu bapa aku kali ni. Aku target nak hadiahkan selempang ANC buat mereka. Insya Allah~ Sampai disini dahulu penulisan panjang ku. Assalamualaikum!
"...setiap manusia berhak diberi peluang kedua dalam hidup agar mereka terus belajar dari kesilapan lalu dan berharap tidak akan wujud peluang ketiga...-AK-"

Friday, 18 November 2016

PERTEMUAN TERAKHIR...

Assalamualaikum~
Kali ni nak cerita panjang ni, perjalanan aku menuju ke Klinik!! Perjalanan satu hari ni, macam2 perasaan aku rasa. Disebalik kegembiraan pasti terselit kesedihan dalam hati ini.. Selami lah~

10/11/2016 KHAMIS
Cam biase kelas Technical Writing (TW) kul 8.30 pagi. Kul 11 sepatutnya ada kelas Psikologi tapi batal sebab lecturer kena gi conference ape ntah. Syukur dapat gi klinik awal sikit nanti. Selamat la kelas ni batal sebab kelas TW ni kena present proposal yang kitorang dalam group dah bincang minggu lepas. Baru bagitaw subuh tadi, aku malas nak pakai formal pakai je tshirt & seluar jeans. Time sampai kelas, kelam kabut la semua nak prepare untuk present dengan slide pun baru nak buat. Aku bengong dah nak present ape ni? Hahaha.. Bile Madam masuk (actually pangkat Dr tapi tak kisah pun student panggil dia Madam, susah dah nak jumpe orang humble camni sekarang), semua cam tak ready pape. Dia cakap sape present dulu, reward dia boleh balik awal. Aku takde interest pun nak balik awal sebab slide pun takde lagi. Hahaha. Last2 group aku decide nak present last sekali. Aku tak kisah sebab kurang malu sikit sebab dah takde sesiapa pun, semua dah balik. Present tu lama gak sebab time kitorang nak present as group last dah pukul 11.30 pagi. Fuhh, selamat kelas Psikologi tu batal, kalau tak memang dah ponteng tak gi punye. Alhamdulillah, present lancar je maybe takde orang dah kot. Jadi selesa nak terangkan proposal.

Habis kelas TW tu, member group TW aku sudi untuk hantarkan aku sampai kat bustop dalam UTHM tapi kedudukan dia dekat dengan pintu besar keluar masuk kenderaan. Kalau student sini panggil bustop ni as ATM sebab tepi bustop ni ade mesin ATM. Dalam kereta dia sembang2 pastu ade masa bile aku kecek kelate sikit sebab 2 orang dalam kereta tu orang Kelantan. Yang sorang tu dah taw aku boleh kecek kelate. Yang sorang lagi tu terkejut. Wakakaka.. Lepas sampai kat ATM pintu besar depan UTHM, aku saja masuk blok kelas sebab nak lari dari diorang. Taknak diorang nampak aku nak keluar UTHM jalan kaki gi bus stop awam luar kat seberang jalan nak tunggu bas. Nanti banyak lak tanye nak kemana. Taknak susahkan dyorang nak kena hantar aku sampai kat bustop. Hantar sampai kat ATM pun aku dah syukur sangat. Main pusing2 tengok kereta dyorang dah takde. Cepat2 jalan kaki keluar UTHM gi tunggu bas.

Time tu dah kul 12.15 pm. Duduk kat bustop makan sandwich buat alas perut takut lupe cam hari tu tak makan pape sampai kul 5. Aku expect bas lambat dalam setengah jam akan sampai sini, so sampai kat klinik dalam kul 1.15 pm camtu. Lari lak plan sebab bas sampai awal pulak. 5 minit je aku tunggu dah sampai. Naik jela kang tunggu yang lain takut lambat sangat pulak. Syukur ade bas sekarang. Risau gak 1st time naik bas sorang2 nak turun kat klinik tu. Selamat sampai kul 12.35 pm cmtu. Awal giler! Malas nak tunggu kat dalam bahagian pesakit luar, aku tunggu kat luar klinik je sebab ade kerusi batu. Angin pun kuat gak. Aircond kang gigil sejuk. Mereput la aku kat situ, gi solat jap tunggu balik sampai kul 1.50 pm. Sekejap main game, sekejap main fb, twitter, insta.. Semua apps aku bukak. Bosan punye pasal sampai bateri pun nak abis. Selamat aku bawak mp3 boleh dengar lagu. Nak tidor tak berani takut terlajak & takut beg hilang. Peluk kuat2 beg buruk kelabu aku ni.

Bosan menuggu sampai kul 2 petang

Dah kul 1.50 pm. Aku masuk naik tingkat atas bahagian pergigian. Tutup, gelap lagi. Orang pun takde lagi. Tak sampai 2-3 minit, ade orang datang tunggu gak nak wat rawatan. Pastu ramai terus datang tapi semua cina. Aku je Melayu situ. Yang aku dapat agak, kul 2 ni memang khas untuk yang wat appointment sebab semua pegang kad pink appointment. Tibe2 ade auntie cina ni datang dengan anak dia. Pintu tengah tutup gelap lagi, dia selamba je gi kat pintu tu terus tolak. Abis jatuh rantai kunci yang besi besar gedabak tu. Bising lak tu bunyi jatuh tu. Semua pandang dia. Sekali2 doktor kat dalam tu pandang. Relax la kot, bagi la dyorang rehat. Tak sabar betul, tau lak buat muka tak bersalah terus undur cam takde pape wat2 smbang dengan anak dia. Mentang2 aku tak faham bahasa cina. Tepat kul 2, pintu lampu semua bukak. Bagus! Letak kad & tunggu jela nama dipanggil untuk amik no giliran pastu tunggu no terpapar. Dalam 7-8 minit camtu, no aku keluar. Terus masuk bilik rawatan..

Auntie tu takde lak dalam gambar ni..
Bukak je pintu slow2... aikk!? nape doctor lain? Aku senyum je kat dia sebab dia duk kat meja tepi & orang pertama aku nampak bila bukak pintu. Pastu pandang kanan dekat kerusi rawatan tu, baru la nampak Dr Haziqah tu. Aku kenal mata dia je. Muka tak pernah tengok lagi sebab sepanjang masa pakai mask biru tu. Fuhh lega! doc sama.. Then, aku terus bagi surat fotostat yang dia mintak dulu. Dia check balik swelling aku & tanye condition aku camne. Ade doc lelaki lain gak time ni maybe senior dia kot sebab dia pun check swelling aku tu & bagi pendapat. Yang wat suspen aku bile Dr Haziqah tu tengah sentuh2 swelling tu, boleh dia cakap.. "...Isshh, geram la macam nak cucuk bius je kat bengkak ni kasi keras..." wakakaka! Lawak apa yang dia tengah buat ni? Saje nak takutkan aku ke atau dia bermonolog sendirian dia? Bergurau lak doc ni. Main2 kan perasan aku tul. Takut kot bila dengar kena bius. Teringat time accident dulu kena cucuk bius banyak giler dalam 3 kali kot. Sakit namateii! sampai keluar air mata aku time tu. Risau aku bile dengar bius2 ni. Dr Haziqah cerita la kes aku kat doc lelaki tadi & doc lelaki tu perasan yang philtrum kanan aku bengkak naik sebelah.

Then.... yang wat aku berdebar sebenarnya.. Jap! Dengan Dr Haziqah ni semua benda jadi suspen tapi bagi dia benda tu biasa2 je. Just suruh aku relax~ yang aku jantung dah dup dap dup dap. Nak cerita, yang proses seterusnya ni aku risau sebab dia cakap nak wat treatment cas elektrik kat gigi nak tengok saraf ni dah mati or hidup lagi. Baik punye dia cakap, jangan takut ape2 ye sebab cas elektrik ni tak kuat mana. Muka aku memang cool je dalam hati ni? Cuak giler main elektrik ni. Nama treatment ni tak tau la tapi berkaitan cas elektrik. Kelakar sangat proses ni. Camni, Doc cakap kalau ade rase "Zapp", angkat tangan so dia akan stop and cas kat gigi lain lak. "Zapp"?? Itu lah cas elektrik kot aku dok bayangkan.

Bile dia start, bace Bismillah dulu. Bagus doc ni! Dia ade jugak suruh aku pegang besi ape ntah. Ikut je. Doc letak je alat tu kat gigi, senyap aku takde rasa pape. Dia try kat 4 gigi atas aku. Serius takde rase pape. Senyap.. So, doc pun stop jap cakap kat aku yang inilah maksudnya saraf gigi aku dah mati. Kalau dibiarkan umur dah lanjut nanti gigi2 ni boleh tertanggal. Huhuhu.. Then, dia sambung balik nak try kat gigi lain lak betul ke alat tu berfungsi baik. Dia try sentuh kat gigi tepi sikit. Yang ni serius aku dapat rasa "zapp" tu. Terus angkat tangan sebab terkejut. Rase dia cam sakit ngilu. Cam iklan sensodyne tu kot. Hahahaha.. Ngilu sangat! Dia try lak kat gigi sebelah lain lak. Aku bile dah start rase ngilu tu, berdebar kot untuk rase ngilu kali kedua. "Zapp"!! Yang ni cepat giler sakit dia. Terkejut punye pasal, laju giler angkat tangan sebab yang ni kuat sikit rase ngilu tu. Dengan doc2 tu pun sekali terkejut. Wakakaka.. Aku nak je ketawa tapi cover kot. Agak riuh tengok proses aku sebab ade je pembantu doktor yang lain kat situ. Muka tebal je aku. Terus dia cakap okay, alat ni betullah menjadi, okay selesai dah. Dah macam bahan eksperimen aku hari ni.

Proses seterusnya doc suruh aku amik x-ray lagi tapi angle lain. Yang kali ni pembantu perempuan lak. Selamat sikit rasa. Ade gak pembantu lelaki yang haritu tapi dia tolong dentist lain hari ni. Harap dia tak ingat muka aku. Hahaha.. Habis proses ni, cam biase tunggu kat kerusi depan kat kaunter awal2 tadi. Tunggu doc panggil balik. Dyorg nak analisis x-ray la tu. Dalam 5 minit camtu, no aku keluar tapi no bilik rawatan kat belakang. Pelik dah. Nape x bilik kat depan je. Pikir bukan2 dah ni. No bilik kat belakang start dengan 7 sampai 9 kot. Ni bilik cam kes berat sikit. Huhuhu.. Masuk je, doc cakap terus kat aku yang emergency kena wat RCT hari ni gak... WHAT...!!? Nak terlopong mulut xleh. Angguk2 kepala je. Seram siot. Terbayang gerudi bagai. Hahaha. Ngok tul fikiran aku time ni.

Sebenarnya, doc suruh wat hari ni sebab dia risau kalau tunggu lagi sebulan appointment lama tu bulan 12, gigi aku bengkak lagi besar & rosak teruk sebab jangkitan kuman. Kali ni aku bagitau korang yang filem x-ray tu nampak clear giler bengkak kat akar gigi aku ade 2 and besar gak. Takut aku. Teruskan jelaa dengan RCT ni. Hurmm, bile fikir balik doc ni concern gak dengan keadaan aku ni. Tq doc. Dia cakap ini yang terbaik untuk aku. I follow je. Time dye siap2 pakaikan kain alas, prepare brg2 dia, doc ckp yang dia tak cucuk bius sebab gigi aku takkan rasa sakit sebab akar tu dah mati. Tak rasa pape. Tapi kalau sakit dia suruh bagitau & dia akan cucuk bius. Nampak tak dia tengah nak tenangkan aku. Hahaha.. Lega gembira dengar takyah bius. Dalam bilik ni bukan kitorg 2 je tapi ade lagi doc lain & pembantu doc. Tgh2 nak start tu, boleh lak dia sembang2 dgn kawan2 la kot aku kire doc lain tu pasal skandal dentist department dyorang. Aku pun terketawa sekali. Kelakar wei, dah macam aku sembang dengan kawan aku pasal si A suka si B. Tgh2 dia sembang, bukan dengan aku tau tapi dgn doc lain tu, aku terdengar dia cakap....

"...sedih la wei, tinggal berapa je. Aku dengan si (sape ntah name) pindah tempat lain dah. Last kot hari ni. Batch kite semua berpecah pindah..."
"...nanti Dr Azizan ganti aku untuk kes adik ni. Dr Azizan hari Khamis ade je. Adik ni (refer kat aku la tu) pun boleh datang hari Khamis sebab hari camni je dia free..." 

Pastu dia blah kejap amik equipment utk RCT, meninggalkan aku dengan penuh pertanyaan kat kepala ni. Pindah?? Hari ni last? Nak rasa sedih ni, tapi cube positif kan balik fikiran. Fokus kat RCT ni. Jangan fikir bukan2.. Time proses ni tengah berlangsung, aku duk perhati je alat2 yg doc gune, macam2 aku tgk pelik kot. Penat kot tangan sebelah kiri nak kena pegang alat yang sedut saliva tu. Ade masa bile ntah dia x sengaja tersiku spek mata aku. hahaha. Cepat2 dia mintak maaf. Risau la tuu. Tapi memang betul, time dia tebuk wat lubang tu x sakit langsung cume bile dia korek2 lubang untuk buang akar saraf yang dah mati tu bisa sikit tapi xdelah sakit cam kena cucuk. Sambil tu dia terangkan yang betullah saraf tu dah mati sebab senang je dia tebuk & ade je akar hujung tu keluar tapi dah pecah2. Pastu dia ade cucuk solution. Tak tau gak ape tu tapi bile aku bace internet, solution tu utk cuci dalam lubang gigi yang dia tebuk tu. Tak sakit pape pun.

Tak jumpe cari lak gambar solution tu tapi camni lah alat dia nak cuci
Tapi part yang sakit sebenarnya time dia tekan bengkak aku tu. Sakit kot.. Huhuhu. Tahan je sakit. Doc tanye sakit ke tak? Aku cakap jela ye. Pastu dia cepat2 cakap sorry ye kalau saya tekan ni sakit tapi nak buang nanah kat bengkak ni. Caring kan? Dia cakap bile dia tekan, keluar nanah, cecair and darah sekali. Ade lagi pelik lepas tu, dia wat proses keringkan lubang tu. Dia sumbat something cam kapas tapi bentuk jarum warna putih. Tak tau name. Sambil tu doc tu tgk jam tengok dah nak dekat kul 3.30 petang. Aku dengar dia cakap dah nak abis waktu. Aku rase hari Khamis abis waktu kerja kul 3.30 petang kot. Dia dah risau sebab gigi aku lambat kering sebab yang dia tekan bengkak tu kot. Last2, dia suruh aku tunduk, biar graviti yang wat kerja. Hahaha ayat dia pergghh. Dak2 sains, bio, fizik memang cmni kot. Menjadi kot! terus keluar habis & kering. Cepat2 dia tampal lubang tu. Dia cakap tampalan sementara untuk tunggu procedure sebulan lagi. Alhamdulillah, siap semua dia suruh aku kumur cuci mulut. Siap!

Dia suruh aku tunggu jap sebab nak tulis report & nak consult sikit. Sambil doc tak nampak, aku pun tangkap la gambar yang aku rasa terakhir untuk dia dari belakang. Nanti aku tunjuk kat bawah sebab aku rase cam ade puisi yang berlegar kat kepala aku. Habis tulis report, dia bagi kad appointment tarikh baru. Tetulis nama Dr Azizan. Betollah kot sangkaan aku tadi... Dia suruh aku tanda tangan kat report tu & conclude balik pasal RCT tadi. Time dia cakap aku x dengar sangat sebab duk fikir sape Dr Azizan ? Ok ke dia? Hahaha. Habis tu, nak blah dah tapi aku wat2 tanye, nanti sape yang rawat lak? Dia pun cakap yang saya takde dah. Hari ni last. Nanti ade doc lain ganti. Betullah.. Huhuhu~ Terus aku salam dia cakap terima kasih banyak2 atas perhatian dia. Bile aku keluar & nak tutup pintu slow2 aku sempat nampak doc tu gerak nak beredar dah kat bilik sebelah. Apa yang aku nampak? Ya, dia nampak girang sangat sambil cakap.. "..yeah! dah abis!.." Terserlah kegembiraan itu yang bagi aku kali terakhir kot aku tengok dia. Bisik hati aku~ "..terima kasih.."

Tengok jam tepat2 pukul 3.30 petang. Lancar semua. Yang terkejut lagi ni sebab lampu kat kaunter tu dah tutup semua! Wakakaka.. Kat kaunter je bukak satu. Cepat2 aku bagi report aku tu kat staff yang ade. Aku tanye, ade bayar pape ke? Dia cakap takde, boleh balik. Aikk?? bukan bayar ke? Arrgghh, balik jelaa. Terus amik beg yang aku tinggal kat kerusi, blah sebab aku patient last sekali. Hahaha.. Balik naik bas la apa lagi! Selamat sampai hostel dalam kul 5 petang lebih sebab bas datang lambat. Malam tu, mak aku terus call tanye pasal gi klinik tadi. Baru nak call, mak lagi awal call. Mak cakap, jaga sikit makan tu sebab takut bengkak tu naik balik. I follow je... Sayang Makk!!

Sampai sini je.. Panjang kan?? Baru naik sikit feel tu..
Diselitkan puisi untuk Dr Haziqah di bawah ni.. Assalamualaikum~


TERIMA KASIH
Pertemuan kita hanya dua kali
Kebaikan doktor terpahat dihatiku ini
Pertemuan ketiga takkan pernah terjadi
Kerna kau terpaksa pindah pergi...
-AK-

RCT, CALLING & MEETING

Assalamualaikum~
Sambungan kepada post dolu2 pasal RCT (SWELLING, MEMBUKA MATA HATIKU..). Ok, lepas diberi pendedahan pasal RCT time jumpe dentist, Dr. Haziqah kat Klinik Kesihatan Batu Pahat bahagian Pergigian. Fuhh, panjang nak bagitaw department dia. Aku pun terajin nak search pasal RCT ni. RAWATAN AKAR GIGI @ ROOT CANAL TREATMENT (RCT) ni rawatan untuk membaiki dan selamatkan balik gigi kita yang dah rosak teruk ataupun yang telah dijangkiti kuman cam kes aku. Semasa proses RCT ini, saraf gigi kita akan dimatikan, kemudian dicuci bersih dan ditampal kemas. Mula2 x dapat imagine gak, try tengok video.. Huhuhu seram lak bile tengok gigi kena tebuk, korek & tampal. Boleh try tgk youtube proses dia. Berbeza ikut jenis gigi. Cam kes aku kat gigi depan.


7/11/2016 ISNIN
4 hari berlalu lepas consult dgn dentist minggu lepas. Dalam kul 2.30 petang, aku ada meeting kat bangunan fakulti kat UTHM time ni. Tengah duduk sembang2 kosong dengan classmate tiba2 ade call no pejabat. Aku dah risau sebab aku tak suke jawab no telefon pejabat2 ni. Tak sudah suruh datang ade hal la, kena amik borang itu ini, kena cari kelas ganti. Macam2 laa. Aku jadi malas sebab susah takde transport nak gerak. Bas Mayang Sari yang UTHM provide jelaa ada. Itupun sejam sekali gerak. Tapi sebabkan time ni aku ade kat fakulti, angkat jelah call tu dah dekat sangat kalau nak jumpe lecturer or staff pejabat. Bile jawab call tu....

"...Assalamualaikum~ Ni Nur Afiqah ke?.."
Hahaha, guest what? Aku kenal suara ni!! Ni doc yg consult aku tu sebab suara lembut mesra dia. Then aku laju je jawab ya, dalam hati lega sangat sebab bukan lecturer yang call. Tak gune betul Kakpa ni..
"...Saya Dr Haziqah dari Klinik Pergigian Batu Pahat yang check gigi awak minggu lepas. Ok, camni.. Boleh tak minggu ni datang klinik sekali lagi sebab nak wat checkup kali kedua untuk kepastian sebelum wat RCT..."
Alamak, esok takleh sebab ade kelas takut lewat habis. Doc suggest esok tapi aku jawab jela takleh. Hari Khamis je yang betul2 free cam minggu lepas datang hari Khamis gak. Agak lama gak dia fikir nak cakap ya tu.. tengah tengok jadual appointment kot. Selamat laa dia setuju nak jumpe hari Khamis minggu ni kul 2 petang. Just dia suruh aku tukar tarikh kat kad appointment tu.

Then, bile meeting tu start, penasihat akademik kitorg Prof Talib inform kitorang pasal satu tugasan luar yang kitorang kena handle. Kitorg diberitahu yang satu kelas aku kena gi sekolah agama kat Parit Jelutong, Penggaram & Ayer Hitam. Program luar pertama kitorang pelajar perabot kena gi ukur pelajar darjah 4, 5 & 6 untuk cari purata nak wat kerusi & meja sekolah baru. Ukur cam biasa kat bahu, lengan, pinggang ke lutut & lutut ke buku lali. Best tuu, dapat jumpe adik2 sekolah rendah (sekolah agama). Terharu dapat pengalaman dan peluang camni. Bagi aku seronok, kawan2 lain tak tau laa... Nanti aku cerita pasal kos yang aku belajar kat UTHM. Hint dia 'Perabot'.

 

Ok2, yang mengganggu fikiran aku sekarang ni sebab tarikh sama dengan appointment terbaru aku tu hari Khamis gak. Adoiii! pening dah kepala aku nak kena call balik. Aku tunggu sampai esok jela nak call tu kalau ade perubahan pape. Alhamdulillah malam tu dapat tau ade kawan aku takleh wat hari Khamis, boleh wat hari rabu je. Aku pun laju je cakap nak join hari Rabu tu sebab malas nak tukar tarikh appointment. Dalam hati cakap lega x call lagi doc tu nak ubah tarikh.. Satu kelas setuju je kitorang nak wat hari Rabu. Syukur Ya Allah, planning aku teratur. Harap2 hari Khamis ni pun dipermudahkan semua urusan pergi balik aku. Sebabnye, aku kena gi sendiri naik bas. Kawan aku yang biasa hantar tu busy nak kena gi sekolah agama tu kul 2 lebih. Kitorang kena bahagi kepada 3 group untuk pergi kat sekolah yang berbeza. So, kitorg pecah ikut sapa yang ade kenderaan kereta tu akan jadi ketua kumpulan. Aku join je group yang gi hari Rabu. Ade 5 orang termasuk aku yang akan gi ukur kat sekolah agama Parit Jelutong. Selamat dekat je depan UTHM. Jimat masa kat situ. Lagipun, kitorg gi lewat sebab ade kelas smpai kul 4 ptg. So, bajet dalam sejam je gi sana..

Apa jadi pada hari kejadian?? Tungguu...
Assalamualaikum~


"...Alone we can do so little; together we can do so much..." -Helen Keller-

Tuesday, 15 November 2016

SWELLING, MEMBUKA MATA HATIKU..

Assalamualaikum~
Alang2 rajin ni so nak cerita pengalaman aku berjumpa doktor gigi. Last jumpe dentist time 2013. Terukkan..?! Cerita bermula di rumah Kajang bulan 10 tahun 2016 time cuti mid-sem degree. Balik la rumah apa lagi.. Cuti seminggu je. Satu hari tu aku terperasan ade benjolan cam bengkak kat dalam mulut aku. Nak terangkan pun susah. Yg aku dapat gambarkan swelling tu dalam mulut kat gusi atas, bawah hidung. Kat philtrum, kau sentuh dekat bawah hidung. Akan rase satu benjolan lembut. Bile tengok kat gusi atas serius tak nampak pape! Kena sentuh baru dapat rasa benjolan tu. Tak sedap hati gak, terus ngadu kat mak aku.. Saje nak bermanja~ 2 hari lepas tu ayah aku teman gi klinik pergigian kajang kat arah ke semenyih. Tak tau nape aku terajin lak nak gi jumpe dentist. Selama ni xkisah pun pasal kesihatan gigi. Mungkin aku takut ade ketumbuhan pape kot sebab bengkak lain macam. Sampai klinik awal pagi. Selamat tak ramai time dalam kul 8.30 pagi. Ayah cakap selalu ramai pagi2 ni. Teringat kat tingkat bahagian pesakit luar, panjang giler beratur nak amik no giliran sampai ganggu laluan kereta nak parking. Kalau demam tu, terus kebah kot sebab keluar peluh terus sebab berdiri lama. Hahaha. Tup! Nama aku pun dah dipanggil...

Aku pun cerita la kat doc yang pasal dulu aku pernah accident tahun 2008, gigi bergerak and bla bla... Then, dentist perempuan ni check sentuh2 swelling aku tu. Dia pun pelik terus suruh aku amik x-ray. Tunggu2, result kat x-ray boleh lak tak nampak pape yang pelik. Aku syak nurse yang amik x-ray aku tu buat x betul. Hasilnya, dentist tadi suruh aku refer pakar mulut. Dia buatkan surat suruh aku gi jumpe pakar kat Hospital Kajang yang besar. Dia x berani nak wat apa2. Hampehh lahh. Dah la tarikh appointment tu time aku dah balik Batu Pahat. Fyi, aku study degree kat UTHM, Batu Pahat, Johor. Aku cakap la yang aku xleh datang appointment ni sebab balik U dah. So dia suruh refer klinik terdekat yang ade kat batu pahat. Fine~ balik la rumah lepas tu. Selamat bayar RM1 je.. Alhamdulillah~

Bengkak aku ni saiz dia dalam 1.5cmX1.5cm, tak sakit tapi bile tekan rase ngilu cam tekan gusi yang bengkak. Pelik kan... Habis cuti, aku pun kembali lah ke UTHM. 2 hari lepas tu aku pun gi jumpe dentist kat pusat kesihatan UTHM, antara kemudahan yang ade kat U aku taw. Dentist perempuan gak yang check. Aku pun bagi surat appointment yang sepatutnya kena bagi kat Hospital Kajang & cerita lah benda sama pasal, accident 2008, gigi bergerak.. bla bla bla.. hahahaha.. Dia check2, then x berani gak nak cakap aku ni sakit ape? Dia tanye , ade amek x-ray tak kat kajang? Ade tapi xnampak pape. So, doc ni pun decide suruh aku jumpe dengan dentist kat Klinik Kesihatan Batu Pahat. Pergi bahagian Klinik Pergigian tingkat atas. Alamak! aku dah la x biase laluan ke bandar tu, nak naik bas lagi.. Doc siap lukis peta takut aku x jumpe cari.. Aku cadang nak gi minggu depannya..

3/11/2016 KHAMIS
Aku plan nak gi hari ni sebab lepas abis kelas kul 1 pm. Aku suruh kawan aku hantarkan gi klinik tu. Tumpang naik motor. Tq sangat sebab sudi hantar aku Normaslina. Jauh gak sebab nak sampai bandar. Lari tajuk jap. Masa on the way naik motor tu, aku terfikir sorang2 napelah aku takde motor sendiri, kan mudah nak kemana-mana. Stop je kat trafic light aku terperasan ade pasangan ni bawak motor sambil isteri dia kendong baby lagi. No plat motor pun guna kotak. Ya Allah, mesti dyorang tengah struggle hidup, cukuplah bagi mereka motor sebagai pengangkutan harian. Time tu tengah panas terik, kesian kat baby. Kalau hujan tak tau laa. Terus aku cam tersentak jap, ade hikmat aku takde motor sendiri tapi Allah hadirkan sahabat yang sudi bantu aku saat aku tak punya apa2. Syukur la dengan kehidupan kau Kakpa! Alhamdulillah.. Dalam gambar tu nampak x kat side mirror kamera aku? Hahaha bukti2. No plat terpaksa ditutup ye...


Back to the main point. Masa sampai dalam kul 1.10 pm camtu kot, tutup lagi sebab waktu rehat, bukak kul 2 pm. Sampai tu, try tanye kat kaunter bawah mane bahagian pergigian. Banyak lak aku tanye arah, conform kan takut sesat. Hahaha, mestilah tanya nanti tak jumpe cari. Jumpe! tapi tutup lagi pintu kunci, lampu padam. So, aku suruh kawan aku balik jela xpe aku tunggu kat surau alang2 nak solat zohor sekali. Selamat surau dia satu aras kat hujung dengan klinik pergigian ni. Segan aku bile duk dalam surau sebab kebanyakkan yang datang solat tu doktor & nurse. Survivelah aku sorang2 kat sini untuk pertama kalinya jejakkan kaki. Bedikari Kakpa!

Dah nak dekat kul 2, keluar gi tunggu kat pintu masuk utama bahagian pergigian. Ramai gak yang tunggu time tu tapi cina ramai. Macam biase bila dah dapat masuk kena isi borang dulu sebab aku 1st time wat rawatan. Tengah tunggu tu, ternampak lak ade dentist lelaki cina hensem cam style cerita Korea aku tengok. Kahkahkah.. Berangan gak kalau dia yang check aku camne lah~ Tuiii.. x yah nak berangan Kakpa. Pastu dentist tu cam mencari2 patient follow nama kat file merah. Then, dia pun panggil nama. Alahai, slow kot suara cam malu gitu. Aku pun tak dengar dia panggil nama siape. Bhahahaha.. Takpela, terus aku reject nak admire! Tunggu dalam 20 minit camtu, then no giliran aku terpapar. Masuk bilik rawatan, hurmm selamat dentist perempuan gak. Cam biase bagi surat appointment, cerita sama pasal accident, bengkak semua, bla bla bla.. Dah boleh hafal dah skrip. Wakakaka..!! Dia pun check, sentuh2 swelling tu..


1st impression aku kat doc (senang nak gelar) ni biasa2 je sebab doktor kan semua layanan berbeza. Nasib kau baik dapat doc baik, tak baik dapat yang tak berapa mesra. Tapi bile dengar dia bagi penerangan kat aku, Alhamdulillah aku dapat rasakan doc ni baik giler, mesra dengan patient. Aku rasa dia umur cam 27-29 tahun kot sebab nampak cam muda. Then, dah dengar masalah aku & check mulut jap, so dia suruh wat x-ray. Adusshh.. Sebelum masuk bilik x-ray kena tunggu giliran aku dulu kat luar sebab ade patient lain. Tiba2, doc perempuan tadi datang consult jap dengan aku. Dia ade tanye tak yang aku ni ade masalah sinus ke. Accident dulu tu camne? Aku pun ceritalah cakap ade, selalu bersin, sakit kepala selalu, cerita pasal accident dari awal sampai akhir. Cerita2, dia masuk bilik dia balik, aku pun teruskan dengan x-ray. Yang amikkan x-ray aku pembantu lelaki. Melayu! Baik kot. Time dia suruh aku senget kepala, aku tak dapat agak bape banyak angle kena gerak. Sekejap kiri, sekejap kanan. Aku rase dia pun pening frust dengan aku. Hahaha.. Last2, dia dengan sopannya bagitau nak mintak kebenaran sentuh kepala aku (alas tudung). Aku pun bagi kebenaran. Dalam hati aku duk fikir, agaknya dia ni mesti nak tunjal kepala aku sebab tak faham bahasa suruh gerak tunduk kepala. Hahaha sory la ye...

Siap x-ray, kenalah tunggu kat kerusi luar balik kat kaunter pendaftaran awal tadi. Tunggu result kot.. Xdela lame sangat. Doc tu panggil masuk & bagitaw pasal result tu. Dia siap tunjuk kat aku filem x-ray tu. Doc cakap bengkak tu kat akar gigi depan accident dulu. Itu pandangan dia sendiri. Dulu aku pelik nape kat Klinik Kajang tu, doc tak tunjuk kat aku filem, takde cakap pape. Kecewa tau time tu.. Kat sini nampak lak. Melalui pemerhatian dia, salur akar gigi depan aku ni maybe dah mati & berlaku jangkitan kuman. Besar gak. Terkejut aku. Tapi punca sebenar jangkitan kuman tu dia tak dapat pastikan sama ade sebab dari pergerakan gigi time accident dulu atau sebab masalah sinus aku. Dia suruh aku rujuk pakar mulut atau hidung mintak pendapat. Then, doc bagi aku appointment untuk wat rawatan akar gigi, dalam bahasa inggerisnye Root Canal Treatment (RCT). Blur jap amende tu. Seram bunyi dia. Doc ade cakap sebabkan aku still muda, dia takkan cabut gigi tapi prefer wat RCT untuk hidupkan balik salur akar tu. Takut bila dengar cabut gigi, trauma sekolah rendah dulu. Tu yang jarang jumpa dentist. Hahaha..

Doc cakap yang rawatan ni kena wat 3-4 kali. Aku duk terbayang jadual kelas aku. Harap tak ganggu waktu belajar, assignment bagai... So, dia bagi tarikh 6 Disember 2016 untuk wat RCT ni. Bolehlah, alang2 dah ade kat Batu Pahat ni. Wat kat Kajang pun nanti kena wat appointment. Sebulan lak tu. Doc cakap, kalau dah wat RCT ni kena berterusan appointment 2-3 kali takleh stop tengah jalan nanti effect lain lak datang. Lepas dah consult, bagi nasihat macam2, then selesailah dah boleh balik. Aku tanye jugak kalau wat RCT ni camne bayaran dia, risau gak sebab takut beratus2. Eden tak mampu mano, pelajar lagi ni. Fuhh, doc cakap RM6-7 je.. Beress! Jumpe lagi doc! name pun tak tau tapi dia baik sangat.

Balik tu, naik bas jelaa.. takkan nak suruh kawan aku hantar. Jangan menyusahkan orang ye Kakpa! Risau tu ade gak sebab 1st time naik bas dari situ. Bile bas sampai dalam setengah jam camtu, aku tanye dulu stop tak kat Taman U? Ok, bas yang betul aku naik. Tambang RM2.30 tak tau la mahal ke murah.. Tiba2 baru teringat yang aku tak makan lagi dari pagi tadi sampai nak dekat kul 5 petang. Giler tul aku, serius terlupa nak makan. Dah la ade gastrik. Hahaha.. Dalam bas, terbayang lagi pasal consult dengan doc tadi. Hah! name doc tu Dr. Haziqah sebab terbaca kat kad appointment. Sebelum ni aku tak kisah pun pasal kesihatan mulut. Lagi2 ade sejarah trauma accident yang buatkan gigi aku tertolak masuk dalam gusi. 8 tahun dulu~ Bile dah jadi camni, baru nak jumpe doc. Dulu xde kesedaran pun pasal penting check gigi ni. Korang yang ade masalah gigi tu rajin2 lah jumpe dentist ye. Kemudahan hospital kerajaan ada kalau tak mampu mana. Cume nak pergi atau tak je~

RCT tu ape? Nanti aku story kat post seterusnya.. Panjangkan post aku? Cam novel lak. Aku suka cerita panjang2 biar orang faham apa yang aku nak rasa. Nak korang pun feel cam aku rasa.
Jumpe lagi.. Assalamualaikum~

"...Don't depend too much on anyone in this world because even your shadow leaves you when you're in darkness..."