Friday, 16 December 2016

UKURAN ADIK-ADIK

Assalamualaikum~
I'm back!! Huhuhu busy wat report assignment bagai. Exam final pun tak lame dah. Start first paper aku 26 Disember ni. Bertabahlah... Nak cerita ape ek? Owh, pasal program amik purata ukuran adik-adik sekolah agama tuu. Ok ok.. Sape yang rajin nak bace entry sebelum ni, klik kat sini ye → Meeting

RABU 9/11/2016

Sebenarnya hari ni ade kelas kul 11 pagi sampai kul 4 petang. So, aku dengan group aku ada 5 orang semuanya termasuk aku decide nak gi lepas habis kelas. Sempat la nak prepare tali ukur, kertas catat2 nanti. Yang paling best, aku teringin nak bagi adik-adik sekolah tu gula-gula. Sebelum gi kelas pagi kul 11 tu singgap jap kedai gi beli gula-gula. Sampai makcik kedai tanya wat ape beli banyak2 ni? Aku pun cakap la nak kena gi sekolah agama.. bla bla bla.. Makcik tu siap cakap, budak2 memang suka gula2 ni.. Hahaha Berlari jugaklah sebab bas nak bertolak masuk UTHM dah. Then, kelas habis je terus gerak gi sekolah tu. Kitorang kena gi kat Sekolah Agama Parit Jelutong. Jauh?? Dekat sangat dengan UTHM ni. Depan U je. Aku pergi tumpang kereta classmate. Kitorg bertiga, yang lagi dua naik motor je pergi. Group aku ni ade 2 lelaki & 3 pompuan masuk aku la. Sampai je dalam sekolah ni, terus terpandang kat dalam kelas. Nampak cam tengah ujian kot sebab meja susun jarak-jarak and student senyap je. Tergelak aku sebab ade adik yang duk kat tepi pintu means aku boleh nampak dia dengan jelas. Boleh dia bisik2 dengan kawan depan dia sambil pandang2 kitorang yang baru sampai. Tengah ujian tu, boleh cakap lak dengan member. Memang padan la pelik muka tu, kitorang datang dengan pakai baju ungu bengkel entah dari mana tah. Rindu lak zaman aku sekolah agama dulu2. Hahahaha

As usual, bila sampai kenalah jumpe ustazahnye dulu. Sepatutnya kena jumpa ustaz tapi boleh lak dia ade kursus hari ni. Deal dengan dia la before nak lawat sekolah ni aritu. Dia suruh kitorang jumpe ustazah lain as wakil dia. Takpe lah.. Ustazah tu cakap, student ni ade ujian & abis kelas sampai kul 5.30 petang je. Time ni dah kul 5.00 dah. Memang rush sikit la nak wat ukur tu. Then, ustazah bawa kitorang gi kat kelas. Ade 3 kelas. Kitorang bahagi2 kan antara 5 orang ni. Aku join kelas darjah 6. Nak masuk tu, segan lak tiba2. Duk fikir ayat apa yang sesuai nak cakap dengan adik-adik ni. Bahasa lain sikit. Fuhh, selamat kawan aku yang lelaki tu approach dulu. Dia terangkan kat adik2 tu tujuan kitorang datang, pastu suruh semua beratur gi belakang kelas. Adik ni semua cam tengah wat aktiviti bebas, maybe dah abis silibus belajar kot. Atau exam dah habis. Aku pun dah lupa waktu belajar dulu. Lama dah 11 tahun yang lalu. Tapi yang aku perasan, sekolah agama kat Johor ni waktu dia berbeza dengan Selangor. Kat sini, start sekolah petang je pastu pecah lak dua sesi, waktu yang berbeza tak faham aku. Kalau Selangor, depend ade sesi Pagi atau Petang je. Sekolah agama aku dulu kena deal dengan sekolah kebangsaan. Contoh kalau darjah 1, 2, & 3 sesi pagi kat sekolah kebangsaan, so sekolah agama untuk darjah 1,2, & 3 jadi petangla. Darjah 4, 5, & 6 pun sama sebaliknya. Vice versa.

Suasana dalam kelas sambil dipantau Ustazah. Hahaha..
Ahhh abaikan sesi pembelajaran tu. Lepas tu berebut adik2 tu semua beratur cam interesting sangat kehadiran kitorang ni abang kakak. Beratur lelaki perempuan pisah. Aku ukur yang perempuan. Kawan aku lelaki ukur adik lelaki. Mula2 blur jap, nak ukur start dari mane ni? Hehehe first time buat aktiviti ni. Jadikanlah pengalaman ye Kakpa. Start adik pertama tanya nama, ukur la dari pinggang, lengan, lutut mende2 tu semua. Kertas nak catit ukuran dah siap dah, class rep aku prepare kan awal2 lagi. Kelas darjah 6 ni ade nak dekat 50 lebih student. Ukur cepat2 sebab kul 5.30 diorang kena gi solat Asar. Perrgghhh! terkejut aku nama adik2 ni kebanyakkannya panjang2 & moden giler. Jenuh nak mengeja lak. Elisa pun ade nama adik tu. Frozen aku dengar nama budak zaman sekarang. Yang aku bangga bila ade adik tu baca perkataan 'UTHM' kat baju kitorang. Promote la apa lgi... Apa cerita gula2 aku?? Of course la bagi tapi lepas diyorang diukur. Happy je muka dapat gula2. Lepas 10 minit ukur, kawan aku yang lain pun join sekali. Barula sempat nak tangkap gambar bukti wat aktiviti ni. Kelam kabut sebelum ni.

Dah macam Tailor kawan aku ni
Hah, aku tahu memang korang tengok gambar macam kitorang ni nak ukur wat baju. Ni aku nak tergelak sebab ade sorang adik perempuan ni rajin gi sembang aku dengan kawan perempuan aku. Boleh dia cakap "...akak, akak nak buat baju baru untuk kami ke??..." Ko rase?? Aku tergelak-gelak wei dengan kawan aku. Untung la sekolah ni kalau ade baju baru. Masalahnya nak ukur sebab lain. Hahahaha. Then, aku pun terang la kat adik tu yang akak ni datang nak ukur purata tinggi adik-adik sekolah rendah sebabnya nak buat kerusi baru untuk kegunaan sekolah yang ada kat Johor ni. Ayat aku pun tunggang-langgang nak cakap sebab nak faham kan adik ni. Siap aku tanya, adik dah belajar kan purata? Mesti faham kan lonsep purata. Dia angguk faham. Pastu dia balas balik kat aku "...tapi kitorang dah tak ade tahun depan. Tak sempat nak guna kerusi baru..." (Nada kecewa) Ko rase lagi?? Tergelak la aku lagi sambil memujuk dia... Aisshh ni terlebih faham ni. Nasib la dik dapat kerusi baru ke lama ke. Kalau cepat siap, sempat merasa kerusi baru.

Nampak dua orang adik lelaki tu?
Pastu ada lagi yang best pasal adik-adik ni. Time tu dah tinggal dua orang adik lelaki je. Yang perempuan dah settle. Nampak dalam gambar tu?? Hahaha Main2 adik tu. Aku gi kat diyorang saja nak tengok sebab dah siap, tinggal tunggu diyorang je. Then, yang pakai t-shirt cakap kat aku yang kawan depan dia nak aku yang ukurkan untuk dia. Gatal naa.. Aku cakap la takpa kawan akak lelaki ni yang ukurkan. Dah nak siap dah ni. Boleh yang pakai t-shirt cakap kat kawan dia tu "...hahaha, kakak tu reject kau laa..." Weii, budak zaman sekarang dahsyat giler. Tergelak aku kat situ malu tau. Wakakakaka. Dah siap tu, boleh lak malu2 mintak nak gula2 lebih. Bagi jela sebab ade je lebih. Settle!!

Muka aku memang susah nak senyum. Serius memanjang je, nasib la dik~
Macam2 budak zaman sekarang~ Habis tu dalam kul 5.30 jugak. Sempat jugak siap even ade masalah sikit. Berehh bohh.. Best tau sekali-sekala wat aktiviti camni. Dekat dengan generasi zaman Alpha Beta ni. Aku ni dah generasi Y. Beza peredaran masa, teknologi, media sosial sangat berlainan dulu sekarang. Apatah lagi minda dan pemikiran modal insan sekarang. Dapat la jugak selami perasaan adik-adik, berkomunikasi dengan pihak luar seperti ustaz ustazah sini, ni yang aku dapat. Pengalaman kot. Aku tak tau apa cerita kawan2 aku yang lain yang bakal pergi sekolah agama kat Ayer Hitam & Penggaram esoknya.. Ok done penulisan kali ni. Bersedia la untuk minggu study week aku.. Assalamualaikum~
"...sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga..." -HR Muslim-